Maxis Menawarkan Akses Portal Percuma

Hampir setiap syarikat telekomunikasi menawarkan kelebihan pelan masing-masing, begitu juga dengan maxis dimana mereka menawarkan akses portal percuma kepada beberapa laman web terpilih bagi para pengguna Maxis dan juga Hotlink. Penawaran ini diumumkan oleh mereka melalui aplikasi MyMaxis dan juga Hotlink Red.

Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa akan terdapat penambahan senarai portal yang boleh diakses secara percuma dari semasa ke semasa untuk mendapatkan berita sahih berkenaan COVID-19 yang melanda negara kita ketika ini. Walaupun begitu, pihak Maxis dan Hotlink masih belum mengumumkan tarikh akhir dimana penawaran ini akan berakhir.

Diantara akses portal percuma yang ditawarkan oleh Maxis dan Hotlink buat masa ini :

  • Kementerian Kesihatan
  • Pejabat Perdana Menteri
  • Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)
  • Harian Metro
  • The Star
  • Berita Harian
  • Sinar Harian
  • China Press
  • Sin Chew
  • Astro Awani
  • Oriental Daily
  • News Straits Times

Berbeza pula dengan Umobile dimana mereka menawarkan data hotspot sebanyak 2 kali ganda kepada pengguna pelan mereka yang tertentu. Untuk maklumat lanjut : https://topupniaga.com/umobile-menawarkan-hotspot-2-kali-ganda.

Ketahui langkah pencegahan COVID-19 disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.