Halo TelcoInformasi

Aplikasi Halo GO Dilancarkan Di iOS App Store

Aplikasi Halo GO Dilancarkan Di iOS App Store

Pada beberapa hari yang lepas, aplikasi Halo GO telah dilancarkan di iOS App Store setelah sekian lama pengguna Halo Telco menunggu memandangkan agak sukar bagi pengguna telefon pintar iPhone untuk mengakses sistem Halo Telco. Jika sebelum ini Executive Partner ‘terpaksa’ menggunakan android untuk membuat pendaftaran sim dan sebagainya, kini pengguna iPhone (iOS) sudah boleh menarik nafas lega.

Aplikasi Halo GO bukan sahaja digunakan oleh Executive Partner untuk pendaftaran dan rekod pembelian sim sahaja, malahan pengguna Halo Telco yang biasa juga dapat menjalankan proses ‘self register’ serta mengakses maklumat-maklumat langganan, serta kemudahan seperti pembelian pelan, tambah nilai, dan produk serta servis yang berkaitan dengan Halo Telco. Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh menghubungi helpline melalui livechat yang tersedia di dalam aplikasi tersebut.

Diingatkan, aplikasi Halo GO memerlukan iOS versi 13.2 dan keatas sahaja. Anda perlu mengemaskini sistem operasi iOS anda kepada yang terkini sekiranya iOS yang anda gunakan adalah versi terdahulu. Aplikasi ini juga disediakan oleh Winner Venture Sdn Bhd.

ios requirement halo go

Anda boleh memuat turun aplikasi Halo GO melalui pautan dibawah :

Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.winner.herogo.
iOS App Store : https://apps.apple.com/my/app/halo-go/id1526450097.

Sudah pasti aplikasi Halo GO yang telah dilancarkan di iOS App Store baru-baru ini memudahkan lagi urusan pengguna Halo Telco dan membuka peluang syarikat telekomunikasi Halo Telco untuk diterima dan digunapakai oleh pengguna ekosistem sistem operasi iOS.

Daftar Sebagai Executive Partner Halo Telco Dengan Mudah : https://topupniaga.com/pendaftaran-executive-partner-halo-telco.

Daftar Dealer / Agen Topup disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !