InformasiPakej InternetUnifi Mobile

Unifi Melancarkan Pelan 500Mbps dan 800Mbps

Unifi Melancarkan Pelan 500Mbps dan 800Mbps

Unifi pada baru-baru ini telah melancarkan pelan internet fibre terbaru mereka iaitu pelan 500Mbps dan juga 800Mbps dan telah memaparkan kedua-dua pelan tersebut pada laman sesawang rasmi mereka di https://unifi.com.my/personal/home/fibre-broadband. Untuk pelan Unifi 500Mbps, ianya ditawarkan dengan harga promosi RM249/month (harga biasa : RM309) manakala pelan Unifi 800Mbps pula ditawarkan dengan harga RM349 (harga biasa : RM409) tidak termasuk dengan SST.

Kedua-dua pelan dengan kelajuan ini sebenarnya telah digunakan oleh pengguna lama yang memperoleh ‘Turbo Upgrade’ dimana pengguna yang melanggan pelan Unifi 50Mbps sebelum ini dinaiktaraf kepada 500Mbps, dan 100Mbps kepada 800Mbps. Selain itu, kedua-dua pelan ini juga menawarkan 70+ channel hiburan premium serta 6 bulan akses kepada VIU dan juga YuppFlix. Dan yang paling menarik, Mesh WiFi Deco M9 yang berharga RM999 diberikan secara PERCUMA kepada mereka yang melanggan mana-mana pelan ini.

pelan unifi fibre internet

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pelan ini, boleh mengisi borang yang disediakan oleh TM di laman web mereka untuk semakan rangkaian dan pemasangan dengan terma serta syarat-syarat tertentu seperti :

  • Kontrak penggunaan selama 24 bulan.
  • Pendahuluan pembayaran pada 10 hari pertama penggunaan.
  • Mesh WiFi akan dihantar menggunakan servis penghantaran J&T Express dalam masa 5-7 hari selepas pengaktifan langganan.
  • Menerima polisi privasi penggunaan serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh TM Unifi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini rangkaian fibre yang dipelopori oleh TM tidaklah terlalu meluas dan seringkali permintaan pengguna tiada dalam kawasan, sambungan port internet penuh dan sebagainya. Saya sangat berharap dalam beberapa tahun mendatang, rangkaian fibre ini semakin meluas dan syarikat penyedia rangkaian internet dapat bersaing secara sihat yang mana persaingan ini sudah semestinya menguntungkan pengguna.

Sekiranya anda berminat untuk melanggan Unifi untuk rumah atau perniagaan anda, anda boleh mengisi borang langganan disini : https://www.applysini.com/fiber/TopupNiaga.

Pihak Topup Niaga akan membantu anda membuat semakan rangkaian kawasan dan akan memberikan maklum balas kepada anda secepatnya sekiranya proses pemasangan dapat dilakukan.

Unifi Melanjutkan Kempen TRY ME : https://topupniaga.com/unifi-melanjutkan-kempen-try-me.

Cabaran Perniagaan Telco : https://amirazman.my/cabaran-perniagaan-telco.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !