Yoodo Menawarkan Pelan Unlimited Internet

Baru-baru ini Yoodo telah menawarkan pelan unlimited internet iaitu pelan data internet tanpa had, sedikit berbeza dengan pelan internet berkelajuan tinggi yang sedia ada sebelum ini. Pelan terbaru Yoodo ini lebih mengutamakan penggunaan internet tanpa had serendah RM35/bulan bergantung kepada had kelajuan internet langganan.

Untuk pelan data unlimited internet Yoodo serendah RM35/bulan, pengguna akan ditawarkan dengan penggunaan data internet tanpa had dan 2 GB data hotspot dengan kelajuan yang dihadkan 3Mbps serta kegunaan untuk panggilan selama 50 minit. Manakala untuk pelan data unlimited internet Yoodo serendah RM43/bulan pula menawarkan data internet tanpa had  dan 2 GB data hotspot dengan kelajuan yang dihadkan 6Mbps serta kegunaan untuk panggilan selama 50 minit.

yoodo unlimited internet 6mbps

Sistem pelan unlimited internet Yoodo ini hampir sama seperti pelan sebelum ini, pengguna boleh melaraskan penggunaan data hotspot, minit panggilan dan SMS mengikut anggaran penggunaan sekiranya perlu seperti yang tertera diatas.

Simkad Yoodo ini boleh didapatkan secara percuma dan boleh digunakan untuk pendaftaran talian baru, atau mengekalkan nombor sedia ada melalui proses pertukaran telco. Pada pendapat anda, berbaloikah pelan ini untuk didapatkan ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

simkad yoodo percuma 3mbps

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan internet Yoodo ini, anda boleh mendapatkannya simkad Yoodo ini secara PERCUMA melalui pautan ini : https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=pxkbe8208. Penghantaran simkad adalah percuma, malah anda akan menerima 7 GB DATA INTERNET secara PERCUMA setelah anda mengaktifkan simkad tersebut.

Ingin Menjadi Dealer / Agen Topup ? Klik Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ketahui Kelebihan Menjadi Executive Partner Halo Telco : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco.

Daftar Unifi Dengan Cepat & Pantas Disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.