Yoodo Mengumumkan Penamatan Perkhidmatan

Yoodo telah mengumumkan penamatan perkhidmatan telekomunikasi mereka bermula pada 29 Ogos 2024 kelak. Ini adalah kesinambungan daripada post sebelum ini mengenai : Apa Yang Akan Terjadi Kepada Yoodo ? dimana Yoodo terpaksa ditutup sekiranya tiada pihak yang mengambil alih Yoodo memandangkan Celcom dan Digi telah bergabung.

Dan 18 bulan tempoh yang ditetapkan telahpun hampir berakhir, dan pihak Yoodo mengatakan perkhidmatan masih boleh digunakan seperti biasa atau bertukar kepada talian syarikat telekomunikasi yang lain sehingga 29 Ogos 2024 kelak. Namun, masih tidak banyak informasi diberikan mengenai proses peralihan ini, dan menurut pihak Yoodo, mereka akan memberikan maklumat lebih lanjut pada 17 Jun 2024 akan datang.

Anda boleh baca pengumuman daripada pihak Yoodo ini pada laman rasmi mereka : https://www.yoodo.com.my/important-news-en.

Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya pengguna sedia ada Yoodo tidak bertukar kepada talian syarikat telekomunikasi lain ? Adakah akan automatik bertukar kepada talian Celcom Digi ?

Bagaimana pula dengan point/kredit yang tersedia pada aplikasi Yoodo buat masa sekarang ?

Kami di Topup Niaga mempunyai point yang agak banyak juga memandangkan kami merupakan referral Yoodo yang agak ramai.

Sama-sama kita nantikan pengumuman terbaru oleh pihak Yoodo kelak.

Bagaimana dengan pendapat anda apabila Yoodo mengumumkan penamatan perkhidmatan ini ?

Adakah Yoodo talian utama dan banyak digunakan oleh anda ? Apakah perancangan anda kelak untuk nombor yang menggunakan talian tersebut kelak ?

Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Daftar aplikasi Topup Niaga untuk pelbagai produk telekomunikasi pada harga terendah disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.