Redone Mula Menawarkan Akses Rangkaian 5G

Bermula pada bulan Februari ini, Redone telah mula menawarkan akses rangkaian 5G setelah sekian lama telco lain menawarkannya pada pelan-pelan mereka. Akses rangkaian 5G ini ditawarkan secara percuma, akan tetapi sedikit terhad kerana tidak semua pelan Redone menyokong akses rangkaian 5G ini.

Pelan yang menyokong akses rangkaian ini adalah pelan Amazing 8A (pelan Amazing 8 terkini) dan juga mana-mana pelan dengan komitmen bulanan sebanyak RM18 dan keatas.

Pelan Amazing 8 lama yang masih ada PPU, REDPlan8 dan mana-mana pelan lain yang dibawah RM18 sebulan boleh menaik taraf pelan mereka kepada pelan RM18 dan ke atas untuk menikmati akses rangkaian 5G ini secara percuma.

redone eligible 5g plan

Walau bagaimanapun, pastikan beberapa syarat dipenuhi untuk anda mendapatkan akses rangkaian 5G seperti dibawah :

  1. Sim Redone menyokong rangkaian 4G LTE.
  2. Telefon pintar yang digunakan menyokong rangkaian 5G.
  3. Telefon pintar dikonfigurasikan untuk menggunakan rangkaian 5G.
  4. Anda berada di kawasan yang mempunyai rangkaian 5G.

Bagaimana cara untuk mengaktifkan akses rangkaian 5G Redone ?

Caranya mudah sahaja, anda boleh gunakan aplikasi Redone 1APP MY untuk mengaktifkan akses rangkaian 5G secara percuma.

cara aktifkan 5g redoneactivate redone 5G free

  1. Login aplikasi Redone 1APP MY kemudian pilih Select Addons -> 5G Access.
  2. Kemudian, tick dan klik ‘ACTIVATE’ dan klik ‘OKAY’.
  3. Status 5G Access akan bertukar kepada activated, bermaksud anda sudah boleh menggunakan rangkaian 5G.

Atau sekiranya anda tidak menggunakan aplikasi ini, anda boleh juga hubungi khidmat pelanggan Redone untuk bantuan mengaktifkan akses rangkaian 5G ini pada akaun anda.

Sebaiknya, gunakanlah aplikasi ini untuk memudahkan anda untuk memantau penggunaan data, bil, rewards dan akses kepada sistem khidmat pelanggan Redone dengan lebih mudah.

Bagaimana pengalaman penggunaan anda setelah Redone menawarkan rangkaian 5G secara percuma ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan sim Redone dengan pelbagai pelan menarik disini : https://shope.ee/4KusKsfSEW dan PM shop kami terlebih dahulu untuk maklumat lanjut.

Daftar aplikasi Topup Niaga disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.