Kemaskini Pelan Halo Epik 50 Januari 2024

Bermula pada 17 Januari 2024, pelan Halo Telco Epik 50 telah mula menerima kemaskini terbaru dimana promosi 500 GB pelan tersebut telah ditukar kepada 350 GB sahaja. Ini seperti yang saya nyatakan sebelum ini dimana pelan Halo Epik 50 sebelum ini hanyalah promosi dan akan berakhir juga.

Pelan Halo Telco Epik yang lain seperti Epik 45, Epik 35, Epik Call 20 dan Best Basic 28 pula tidak terkesan dan masih kekal seperti biasa.

Untuk pengguna yang masih menggunakan pelan Halo Epik 50 500 GB,  anda masih boleh menikmati pelan itu sehinggalah tempoh langganan tamat dan sekiranya anda melanggan pada bulan berikutnya, anda akan menerima pelan Halo Epik 50 350 GB data + 10 GB hotspot secara automatik.

Bagi pengguna baru, jika anda melanggan Halo Epik 50, anda akan terus terima 350 GB data ini secara automatik.

Pihak Halo Telco juga mengucapkan terima kasih diatas pemahaman dan kerjasama rakan niaga sepanjang tempoh promosi yang berlangsung sebelum ini.

Dan sudah semestinya selari dengan pelan daripada Tune Talk juga memandangkan Halo Telco dibawah rangkaian Tune Talk.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai kemaskini pelan Halo Epik 50 2024 ini ?

Adakah masih berbaloi untuk penggunaan anda dengan langgan RM50 sebulan untuk 350 GB data internet pengalaman HD, panggilan tanpa had kesemua rangkaian dan 10 GB data hotspot ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Daftar aplikasi agen topup & topup games disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Dapatkan sim Halo Telco dengan harga 10 sen sahaja disini : https://shope.ee/3Agh1Dc1eN.