Kemaskini Pelan YES Power 35 Januari 2024

Pada hari ini, YES telah mengemaskini pelan YES Power 35 mereka bermula 19 Januari 2024 dengan menambah data yang mereka tawarkan sebelum ini. Jika terdahulu mereka menawarkan 100 GB sahaja data 5G + 4G dengan kelajuan tanpa had dan berkongsi dengan hotspot, pada kali ini mereka memberi tambah 50 GB lagi yang memberikan jumlah 150 GB.

Untuk pelan sebanyak RM35 sahaja + SST 6%, 150 GB boleh dikatakan sangat berbaloi lebih-lebih lagi apabila 5G boleh digunakan pada pelan ini.

Siapakah mereka yang sesuai untuk menggunakan pelan YES Power 35 ini ?

Sudah semestinya kepada pengguna yang hanya menggunakan data kurang daripada 150 GB dalam sebulan. Ini adalah sasaran utama untuk pelan ini memandangkan tidak ramai orang yang menggunakan lebih daripada 150 GB data internet dalam sebulan atau mereka yang mementingkan penggunaan hotspot tetapi masih dibawah 150 GB data.

Berminat untuk mendapatkan sim YES 5G ini ? Dapatkannya disini : https://www.yes.my/5gplans.

yes power 35 2024

Untuk memilih pelan yang sesuai, sebagai pengguna kita harus tahu penggunaan data kita secara bulanan. Berapakah penggunaan data aplikasi sosial, panggilan, penggunaan hotspot dan sebagainya supaya pelan yang kita langgan itu sesuai dengan penggunaan serta penjimatan komitmen bulanan khusus untuk pembelian data internet.

Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lanjut, atau anda ingin berkongsi pengalaman anda menggunakan pelan YES Power 35 ini, anda boleh kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Daftar aplikasi agen topup & topup games disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Dapatkan sim Halo Telco dengan harga 10 sen sahaja disini : https://shope.ee/3Agh1Dc1eN.