YES Memperkenalkan YES Power 35

Pada beberapa hari lepas, YES telah memperkenalkan pelan YES Power 35, iaitu pelan pacabayar (postpaid) mereka yang terbaru yang agak menarik juga berbanding pelan YES Infinite yang terdahulu. Anda boleh baca post saya terdahulu mengenai YES Infinite+ dimana mereka menawarkan pelan postpaid dengan telefon pintar 5G secara percuma disini : https://topupniaga.com/telefon-pintar-percuma-dari-yes-infinite.

Jika dibandingkan pelan YES Infinite Basic yang menawarkan data berkelajuan 4G + 5G data tanpa had, panggilan tanpa had dan juga 20 GB data hotspot dengan hanya RM58/bulan, manakala YES Power 35 menawarkan 100GB data berkelajuan tinggi 4G + 5G, pangilan tanpa had dan data hotspot yang berkongsi dengan pelan data dengan hanya RM35/bulan.

Dapatkan sim YES POWER 35 disini : https://www.yes.my/5gplans.

pelan yes power 35 postpaid

Perbezaan hampir RM23 tidak termasuk SST ini boleh dikatakan hampir separuh juga. Jadi, siapakah mereka yang sesuai untuk menggunakan pelan YES Power 35 ini ?

Sudah semestinya kepada pengguna yang hanya menggunakan data kurang daripada 100 GB dalam sebulan. Ini adalah sasaran utama untuk pelan ini memandangkan tidak ramai orang yang menggunakan lebih daripada 100 GB data internet dalam sebulan atau mereka yang mementingkan penggunaan hotspot tetapi masih dibawah 100 GB data.

Bagi pelan YES Infinite Basic itu pula, lebih baik untuk diambil bersama dengan telefon pintar 5G yang ditawarkan secara PERCUMA tetapi dengan kontrak selama 3 tahun penggunaan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah mempunyai telefon pintar 5G yang sesuai dan hanya ingin melanggan pelan pascabayar YES yang mempunyai data tanpa had, masih tiada masalah untuk anda mendapatkan pelan tersebut.

Berminat untuk mendapatkan sim YES 5G ini ? Dapatkannya disini : https://www.yes.my/5gplans.

Untuk memilih pelan yang sesuai, sebagai pengguna kita harus tahu penggunaan data kita secara bulanan. Berapakah penggunaan data aplikasi sosial, panggilan, penggunaan hotspot dan sebagainya supaya pelan yang kita langgan itu sesuai dengan penggunaan serta penjimatan komitmen bulanan khusus untuk pembelian data internet.

Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lanjut, atau anda ingin berkongsi pengalaman anda menggunakan pelan YES Power 35 ini, anda boleh kongsikan pada ruangan komen dibawah.