CelcomDigiMaxisUmobile

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco

cara menyelesaikan blacklist telco

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco ini saya wujudkan khas berdasarkan pengalaman saya bagaimana saya ‘clean’kan nama saya yang kena blacklist dengan Maxis lebih 5 tahun lepas. Untuk ketahui anda dah kena blacklist dengan mana-mana telco atau belum, anda boleh layari Cara Semak Blacklist Telco disini : http://topupniaga.com/cara-membuat-semakan-blacklist-telco .

Baru-baru ini, saya ingin mengambil pelan Digi Infinite 150 yang menawarkan pelan unlimited tetapi dah kena blacklist Maxis, barulah terfikir macam mana nak setelkan blacklist maxis ni. Boleh baca review saya tentang Digi Infinite 150 disini : http://topupniaga.com/review-pelan-unlimited-digi-infinite-150 .

Barulah terkedek-kedek nak call Maxis Helpline untuk selesaikan sebab bila dah kena blacklist, tak boleh dah bayar dekat kedai biasa, kena ke Service Centre mereka untuk buat pembayaran.

Bagaimana cara untuk menyelesaikan blacklist telco ni ? Ada 2 cara :

  1. Pergi ke Service Centre telco tersebut sekiranya hampir dengan tempat anda dan buat pembayaran tertunggak anda sebelum ini. Dalam 24jam, blacklist akan clear.
  2. Call Helpline telco, dapatkan no akaun bil anda yang tertunggak, buat pembayaran secara online (Maybank2u ->Bill Payment) dan selepas pembayaran selesai, blacklist akan clear dalam 24 jam.

Bagi yang mempunyai masalah service centre jauh atau tiada masa, boleh guna option kedua, bayar online sahaja. Selepas sahaja anda buat pembayaran tertunggak, nama dan ic anda akan clear daripada blacklist telco.

Saya sediakan helpline telco pengguna majoriti dibawah untuk kemudahan anda.

Altel : ‭0326133888‬ ‭
Celcom Prepaid / Postpaid : ‭0196011111‬
Digi Prepaid / Postpaid : ‭0162211800‬
Maxis Prepaid : 1300820120
Maxis Postpaid : 0374922123
One XOX : ‭0378825000
Tron : 1300800188
Tune Talk : ‭0327720000
U Mobile Prepaid / Postpaid : ‭0183881318
Webe : 01110001000

Semoga berjaya clearkan blacklist telco anda !

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup ? Layari http://topupniaga.com

Facebook Comments

8 Comments

    • Amir
    • Amir
  1. ziana
    • Amir
  2. Khairul

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !