Cara Tambah Nilai Tone Wow

Baru-baru ini ada ahli topup niaga yang bertanyakan bagaimana cara tambah nilai Tone Wow memandangkan beliau mempunyai pelanggan yang memerlukan produk tambah nilai tersebut. Melalui informasi yang saya dapat daripada laman web rasmi Tone Wow, terdapat beberapa cara untuk menambah nilai kredit Tone Wow diantaranya :

  • Menggunakan aplikasi myWOW.

aplikasi mywow tone wow

Pengguna boleh memuat turun aplikasi myWOW by TONEWOW sama ada di Apple Store atau Google Playstore. Saya akan sediakan link dibawah :

Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=net.tonewow.mywow&hl=en.
Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/mywow-by-tonewow/id1438195181.

Kemudian, buka aplikasi myWOW, pilih Top UP pada menu dan pilih nilai Topup serta cara pembayaran yang boleh anda lakukan.

  • Menggunakan top up DIGI.

cara topup tonewow

Memandangkan Tone Wow merupakan partnership dengan rangkaian Digi serta menggunakan rangkaian Digi, penggun Tone Wow juga boleh menambah nilai kredit mereka dengan menggunakan Top Up Digi di mana-mana pengedar atau kedai. Selain itu, pengguna juga boleh membuat pembelian topup secara online menggunakan pelbagai jenis platform pembayaran yang menjual tambah nilai Digi.

Diharap post pada kali ini dapat membantu ahli topup niaga serta pengguna Tone Wow untuk memahami bagaimana proses tambah nilai Tone Wow berjalan untuk mengelakkan kekeliruan daripada berlaku. Untuk maklumat lanjut mengenai cara tambah nilai Tone Wow, anda boleh terus ke laman rasmi mereka disini : https://www.tonewow.net/node/26115?lang=ms.

Ingin ketahui Pelan Panggilan Tanpa Had – Digi Prepaid ? Klik disini : https://topupniaga.com/digi-prepaid-pelan-panggilan-tanpa-had.

Ingin ketahui cara untuk menjadi Dealer/Agen Topup Niaga ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.