Agen TopupDealer TopupInformasi

Masalah Need Update API SRS Mobile

Masalah Need Update API SRS Mobile

Masalah ‘Need Update API’ yang berlaku pada aplikasi SRS Mobile menunjukkan aplikasi tersebut merupakan aplikasi lama dan memerlukan kemaskini untuk memastikan fungsi tersebut boleh dilakukan dengan baik. Masalah ini sering terjadi pada pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem operasi IOS dan juga pengguna android yang lama.

Untuk makluman anda, aplikasi terkini SRS Mobile telah diberi nama baru, iaitu SRS Topup yang mana menyediakan kesemua fungsi aplikasi lama dan juga fungsi tambahan baru. Walaupun begitu, aplikasi terbaru ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android sahaja memandangkan aplikasi ini tidak dikemaskini pada Apple Store mungkin kerana syarat apps pada IOS yang lebih ketat.

Bagaimana untuk ketahui anda menggunakan SRS Mobile atau SRS Topup ? Mudah sahaja. Anda boleh lihat daripada nama aplikasi atau paparan pada atas aplikasi tersebut. Sekiranya terpapar perkataan SRS Topup pada nama aplikasi atau paparan atas aplikasi tersebut, menandakan anda menggunakan aplikasi yang terkini.

aplikasi srs topup

Kebiasaannya masalah ‘Need Update API’ pada aplikasi SRS Mobile ini akan berlaku sewaktu anda cuba untuk mendaftarkan agen menggunakan aplikasi tersebut. Sekiranya anda tiada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, anda boleh mendaftar agen baru menggunakan laman web dealer tetapi akan dikenakan cas bagi setiap pendaftaran.

Anda boleh muat turun aplikasi SRS Topup disini : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.srs.topup&hl=en. Sila baca dibawah cara untuk mendaftar sebagai Dealer / Agen Topup Niaga untuk menggunakan aplikasi ini sepenuhnya.

Oleh sebab itu, pengguna sistem ini digalakkan menggunakan SRS Topup pada telefon pintar Android memandangkan aplikasi ini masih boleh mendaftarkan agen dengan mudah serta tidak dikenakan sebarang cas untuk setiap pendaftaran. Saya akan kemaskini semula tutorial-tutorial dengan menggunakan aplikasi SRS Topup pada masa yang akan datang.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga Network ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jom baca pengalaman saya menjalankan perniagaan topup disini : https://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !