CelcomPakej Internet

Celcom Memperkenalkan Plan XP Lite

Celcom Memperkenalkan Plan XP Lite

Celcom baru sahaja memperkenalkan Plan XP Lite mereka pada beberapa hari yang lepas. Idea untuk pelan ini agak menarik bagi saya kerana disertakan pilihan Pass yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut kehendak dan keperluan mereka. Pass yang disertakan dengan plan XP Lite ini ialah L Pass dan juga M Pass.

Plan terbaru Celcom ini secara umumnya ditawarkan dengan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 1 GB serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian dengan komitmen bulanan sebanyak RM28 sahaja. Yang menarik perhatian saya, pelan ini boleh ditambah dengan Pass M yang menawarkan tambahan 4 GB data internet berkelajuan tinggi serta 3 GB data internet untuk Video Walla dengan bayaran tambahan RM10/bulan. Atau pengguna boleh memilih Pass L yang menawarkan tambahan 11 GB data internet serta 3 GB data internet untuk Video Walla dengan bayaran tambahan RM30/bulan.

kelebihan pelan xp lite

Untuk memahami secara keseluruhan untuk plan ini, dengan komitmen sebanyak RM38 sebulan menggunakan plan XP Lite + M Pass, pengguna akan menerima 5 GB data internet berkelajuan tinggi, 3 GB data internet untuk Video Walla serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian. Untuk plan XP Lite + L Pass pula dengan komitmen sebanyak RM58 sebulan, akan menerima data internet berkelajuan tinggi sebanyak 12 GB, 3 GB data internet Video Walla serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian.

pelan terbaru xp lite celcom xpax

Terdapat beberapa kelebihan untuk pengguna yang melanggan plan XP Lite berserta Pass L diantaranya pengguna boleh mendapatkan telefon pintar terpilih pada harga yang sangat murah seperti OPPO A1k 32 GB, Vivo Y91C 32G B, OPPO A5s 32 GB, Vivo Y17 64 GB, dan Nubia Red Magic 3. Selain itu, penggunaan pelan ini pada bulan ke 7 penggunaan serta seterusnya dapat menikmati internet tanpa had serta 1 Hour Ultra Hour Pass pada setiap hari.

Untuk maklumat tambahan berkenaan aplikasi yang menyokong Video Walla, anda boleh lihat senarai terkini keseluruhan aplikasi tersebut dibawah :

aplikasi video walla

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau ingin ketahui dengan lebih baik berkenaan FAQ serta syarat-syarat yang ditetapkan untuk pelan ini, anda boleh layari https://www.celcom.com.my/personal/postpaid/plans/xpaxpostpaid-xplite.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ketahui Cara Menyemak Bil Tertunggak Telco disini : https://topupniaga.com/cara-menyemak-bil-tertunggak-telco.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !