InformasiPakej InternetRedone

Redone Memperkenalkan RedSOCIAL

Redone Memperkenalkan RedSOCIAL

Bermula pada 2 Oktober 2019, Redone akan memperkenalkan perkhidmatan tambahan terbaru iaitu redSOCIAL. RedSOCIAL merupakan salah satu insiatif daripada syarikat telekomunikasi Redone untuk lebih kompetitif dalam persaingan antara telco di Malaysia memandangkan ramai pengguna telefon pintar yang lebih fokus kepada penggunaan sosial berbanding penggunaan lain.

RedSOCIAL menawarkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 10 GB untuk digunakan pada setiap hari bagi melayari 4 laman sosial utama yang digunakan di Malaysia, iaitu Facebook, Instagram, Whatsapp dan Wechat. Dengan komitmen bulanan RM10 sahaja, perkhidmatan tambahan ini sudah semestinya merupakan pelan yang menarik memandangkan data internet berkelajuan tinggi untuk pelan yang dilanggan tidak terjejas dengan penggunaan laman sosial tersebut.

pelan redone redsocial

RedSOCIAL boleh didapati dalam 2 pilihan, iaitu ulangan bulanan dan juga tambahan satu kali. Ulangan bulanan bermaksud servis ini akan diperbaharui secara automatik pada setiap awal bulan manakala untuk tambahan satu kali sangat sesuai digunakan jika data internet redSOCIAL anda sudah digunakan sepenuhnya. Servis tambahan satu kali ini akan memberikan anda data tambahan sebanyak 10 GB untuk servis perkhidmatan redSOCIAL dengan bayaran tambahan sebanyak RM10 sahaja dan penggunaan tersebut akan tamat tempoh pada akhir bulan.

redcall redsms redvideo redone redsocial

Sebelum ini, Redone juga pernah menawarkan beberapa jenis perkhidmatan tambahan seperti redCALL, redVIDEO dan juga redSMS. Laman web rasmi Redone juga dilihat sudah mengemaskini maklumat berkenaan perkhidmatan tambahan ini dan servis ini sudah boleh dilanggan buat masa sekarang.

Servis perkhidmatan redSOCIAL ini boleh dilanggan oleh setiap pelan pascabayar yang ditawarkan oleh Redone termasuklah pelan Red Plan 8 atau Amazing 8. Bermula pada bulan Oktober ini juga, pelan Redone Amazing 38 secara rasminya ditawarkan dengan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 8 GB dan 7 GB basic internet.

Berminat untuk mendapatkan pelan 8GB internet dan panggilan tanpa had termurah ? Klik disini : https://topupniaga.com/pelan-8gb-internet-dan-unlimited-call-termurah.

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Facebook Comments

No Responses

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !