InformasiRedone

Redone Memperkenalkan RedSMS

Redone Memperkenalkan RedSMS

Bermula pada 4 Mac 2019, Redone memperkenalkan redSMS iaitu salah satu Value Add Service yang menawarkan SMS tanpa had ke pelan pascabayar (postpaid) Redone dan juga 100 SMS ke rangkaian lain dengan harga RM10 sahaja. Bagaimana dengan pendapat anda, berbaloi atau tidak RM10 untuk SMS tanpa had ke rangkaian Redone dan 100 SMS ke rangkaian lain ?

Addon daripada Redone ini saya boleh katakan agak menarik kerana kebanyakan syarikat telekomunikasi tidak lagi mengeluarkan pelan SMS tanpa had. Buat masa ini, pelan Digi Infinite 100 yang menawarkan unlimited internet (kelajuan sehingga 10Mbps) menawarkan sebanyak 300 SMS kesemua rangkaian manakala Digi Infinite 150 pula sebanyak 1000 SMS kesemua rangkaian.

Walaupun begitu, seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Redone, SMS tanpa had kepada pelan pascabayar (postpaid) Redone ini hanya terhad kepada 3000 SMS sahaja yang mana saya boleh katakan agak tinggi dengan purata 100 SMS sehari serta 6% cukai perkhidmatan akan dicas sekiranya anda melanggan addon ini (sebanyak RM0.60).

Value Add Service redSMS ini boleh dilanggan hampir kesemua pelan pascabayar (postpaid) Redone iaitu pelan Red Plan, Amazing. POS, SMP dan juga pelan Super. Pengguna boleh melanggan redSMS melalui *123# atau boleh terus hubungi talian perkhidmatan pelanggan Redone melalui mana-mana saluran pada pautan ini : https://www.redone.com.my/support/contact_us.

Pada 3 Mac 2019, laman web rasmi Redone https://www.redone.com.my masih belum lagi dikemaskini berkenaan addon redSMS. Saya jangka pihak Redone akan mula mengemaskini laman sesawang tersebut bermula pada minggu hadapan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan Redone memperkenalkan redSMS ini, anda boleh tinggalkan komen pada ruangan dibawah dan saya akan cuba balas secepat mungkin.

Berminat untuk mendapatkan Pelan Panggilan Tanpa Had ? https://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

 

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !