Posted in

Internet Burung Hantu Dihadkan 10GB

internet burung hantu

Internet Burung Hantu Dihadkan 10GB

internet burung hantu

Sebelum ini, Internet Burung Hantu telah diperkenalkan dalam plan Magic Sim dengan penggunaan tanpa had pada 1 pagi sehingga 7 malam. Namun baru-baru ini , Celcom telah memperkenalkan pelan terbaru XPAX M4GIC SIM dimana bermulanya dihadkan 10GB bagi setiap langganan. Anda boleh baca tentang Magic Sim plan disini : http://topupniaga.com/magic-sim-internet-percuma-tanpa-had/

Sekiranya anda menggunakan pakej langganan mingguan ataupun bulanan, masih mempunyai kuota Internet Burung Hantu yang sama, iaitu 10GB sahaja. Sekiranya anda ingin menambah quota Internet Burung Hantu, anda boleh menambah dengan harga RM5 untuk 10GB quota (terhad kepada 1 pagi- 7pagi sahaja)

internet burung hantu

Sekiranya anda masih dalam langganan yang lama, sekiranya anda semak status MAX STATUS ke 28882 , anda masih mempunyai 2TB quota internet pada waktu malam, namun selepas anda renew langganan anda selepas 28 April, quota akan dihadkan kepada 10GB.

Apabila Celcom memulakan langkah mengehadkan quota kepada 10GB ini, maka gamers ataupun kaki download mulalah mencari inisiatif lain untuk mendapatkan pelan yang berquota unlimited. Malaysia masih menunggu-nunggu pelan terbaik dengan quota yang tinggi diperkenalkan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.xpax.com.my/internet untuk pelan internet baru daripada Celcom.

*Apakah pelan internet yang anda gunakan sekarang ?

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

27 thoughts on “Internet Burung Hantu Dihadkan 10GB

  1. Walaupun ia dihadkan kepada 10GB, namun, boleh dikatakan penawaran Internet Burung Hantu masih merupakan salah satu yang baik untuk mereka yang aktif melayari internet atau memuat-turun pada waktu tengah malam.

  2. Kalau ambil internet burung hantu xpax turbo ni rm10 2gb intenet burung hantu dia sama je ke mcm kita ambil rm10 magic sim tu?

    1. 2GB at RM2 (follows Internet Plan validity)
      10GB at RM5 (follows Internet Plan validity)

      MAXHANTU2 dan hantar ke 28882 untuk 2gb RM2
      MAXHANTU5 dan hantar ke 28882 untuk 10gb RM5

  3. After jm 7pgi,internt ni blh digunakn lgi ka just tngk2 wasap and men game..?.kredit tak kna telan ker?atau internet ni terhad dri jm 1pgi smpi jm7 sja..after jm7 pgi msti nak kna off data..

    1. Hi !
      lepas 7 pagi masih boleh digunakan..
      1pagi -7pagi = 10gb internet burung hantu
      7pagi -1pagi = bergantung pada pelkan yang dilanggan. kalau NET10 Rm10 seminggu, 500mb 🙂

  4. Admin boleh tak share, apa pelan internet yg terbaik di malaysia setakat ni? nak yg yg unlimited.. benci la limited quota ni.. kedekut sgt.. tiap2 buan kot kite subscribe.. mereka jg yg untung kalau ada loyal subscriber.. tp kalau mcm ni bye2 la celcom!

    1. xpax sekarang dah ade balik unlimited IBH. tapi kene bayar RM5 sebulan (add on). paling berbaloi setakat ni.

  5. New magic sim ,, klau nak langgan internt burung hantu,, 10 @ 2 GB,, dalam masa y singkat 1-7am tapi kuota tak habis di gunakan,,ke internet burung hantu ni sambung lagi untuk hari seterusnya sehingga kuota y kita langgan habis digunakn,, explains??

  6. so maknanya, kalaw Internet Pack saya habis 11 mei ni, 2TB Internet Burung Hantu akan direset jadi 10GB utk bulan depan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *