Kegunaan Point Aplikasi Topup Niaga

Apakah kegunaan point pada aplikasi Topup Niaga ?

Point merupakan salah satu reward atau ganjaran apabila anda memanfaatkan penggunaan aplikasi Topup Niaga. Anda akan menerima 1 point bagi setiap transaksi jualan yang dilakukan dan point ini boleh ditukarkan kepada kredit modal anda.

Untuk membuat penukaran point ini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 100 point, iaitu bersamaan dengan 100 transaksi. 100 point akan dapat ditukar kepada nilai RM1 pada aplikasi Topup Niaga.

Caranya mudah sahaja, login aplikasi Topup Niaga, kemudian klik pada ‘MENU AGENT’. Disitu akan ada simbol ‘P’ yang merujuk kepada Point yang anda ada.

menu point topup niaga

Klik pada simbol ‘P’ tersebut dan isi jumlah point yang ingin ditukar dan kemudian klik ‘SEND’.

Anda boleh lihat video dibawah untuk memahami dengan lebih baik proses penukaran point kepada balance credit di aplikasi Topup Niaga.

Selain itu, anda juga boleh melihat history penukaran point yang pernah dilakukan sebelum ni dengan mudah.

history penukaran point topup niaga

Diharap perkongsian mengenai kegunaan point di aplikasi Topup Niaga ini dapat membantu anda memahami ganjaran-ganjaran menarik yang kami tawarkan di aplikasi Topup Niaga.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai produk topup, pembayaran bil & topup games dengan kadar yang lebih murah, anda boleh memuat turun aplikasi Topup Niaga secara percuma disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Semoga bermanfaat !

Agen topup sila berhati-hati dengan taktik licik scammer topup : https://topupniaga.com/taktik-licik-scammer-topup.

Modus Operandi Penipuan Topup : https://topupniaga.com/modus-operandi-penipuan-topup-2020.