maybank menawarkan promosi tambah nilai

Memandangkan tempoh masa perintah kawalan pergerakan yang semakin bertambah, Maybank menawarkan promosi tambah nilai kepada 3 syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Hotlink, Digi dan juga Xpax. Berdasarkan maklumat yang tertera pada laman sesawang Maybank, promosi ini bermula pada 25 Mac 2020 dan akan berakhir pada 30 April 2020 kelak.

Walau bagaimanapun, promosi ini hanya ditebus sekiranya pengguna menambah nilai talian mereka dengan menggunakan aplikasi Maybank2u atau MAE sahaja dan minimum pembelian tambah nilai hanyalah untuk tambah nilai RM30 dan ke atas.

promosi maybank hotlink

Bagi talian prabayar Hotlink, Maybank menawarkan kredit tambahan percuma sebanyak RM3 bagi minimum tambah nilai sebanyak RM30 menggunakan aplikasi Maybank2u atau MAE. Kredit tambahan percuma tersebut akan diterima pada hari berikutnya selepas tambah nilai dilakukan dan boleh digunakan sama ada untuk membuat panggilan, SMS atau pembelian pas data internet.

promosi maybank digi

Selain itu, bagi talian Digi pula, Maybank menawarkan token penggunaan internet sebanyak 3GB secara percuma dalam tempoh 24 jam. Bilangan token yang pengguna bakal dapat adalah mengikut kepada pembelian tambah nilai Digi menggunakan aplikasi Maybank2u atau MAE. Tambah nilai sebanyak RM30 akan menerima 1 token, RM50 akan menerima 2 token dan RM100 pula akan menerima sebanyak 3 token.

Token ini boleh ditebus dengan mendail *888*1# pada bahagian ‘Freebies’ atau menggunakan aplikasi Mydigi.

promosi maybank xpax

Pengguna Xpax pula ditawarkan dengan data internet sebanyak 2GB bagi penggunaan selama 48 jam bagi tambah nilai minimum RM30 menggunakan aplikasi Maybank2u atau MAE.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi tambah nilai daripada Maybank ini, anda boleh layari : https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/online_banking/promo_my_prepaidreload0320.page.

Ketahui Langkah Pencegahan COVID-19 Disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.

Daftar Sebagai Dealer / Agen Topup Niaga Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.