1 GB Data Percuma Bermula 1 April

Pada hari ini, SKMM telah mengumumkan penawaran 1 GB data percuma kepada rangkaian Celcom, Digi, Maxis dan Umobile bermula dari 1 April 2020 seiring dengan pengumuman kerajaan berkenaan penawaran internet percuma sehingga tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Buat masa ini, tarikh akhir terkini yang telah diumumkan oleh kerajaan adalah pada 14 April 2020. Walaupun begitu, terdapat kemungkinan tempoh masa ini akan dilanjutkan sekiranya isu pandemik COVID-19 tidak dapat dikawal.

Penawaran 1 GB data percuma ini boleh digunakan dengan sebaiknya bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang pada setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Selain itu, panggilan secara percuma juga ditawarkan untuk talian hotline NCPRC, Pusat Pengurusan Operasi Negara dan juga Jabatan Kerajaan Negeri.

Astro dan Unifi TV juga dikatakan akan menawarkan akses tontonan secara percuma sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Diharap inisiatif kerajaan ini dapat membantu dalam mengekang isu COVID-19 daripada terus berlanjutan.

Ketahui Langkah Pencegahan COVID-19 Disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.

Daftar Sebagai Dealer / Agen Topup Niaga Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.