Cara Menebus Data Internet Percuma

Lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan berkenaan isu COVID-19, kerajaan telah mengumumkan data internet percuma kepada semua pengguna sehingga 14 April 2020. Pada kali ini, kita akan terangkan cara untuk menebus data internet percuma ini semasa masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Maxis/Hotlink

tebus data maxis hotlink percuma

Maxis/Hotlink menawarkan data internet percuma sebanyak 1 GB kepada kesemua pengguna mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berjalan. Tawaran ini hanya dihadkan pada setiap hari bermula 1 April 2020 dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang sahaja. Penggunaan data internet selain dari waktu ini akan menggunakan data internet berdasarkan pelan internet yang anda langgani.

internet percuma 1gb sehari

Untuk menebus data internet percuma ini, pengguna perlu menggunakan aplikasi Hotlink Red atau MyMaxis dan pilih ‘Free 1GB/Day Pass’ dan pengguna perlu menebus secara harian untuk menerima data internet percuma ini setiap hari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.maxis.com.my/campaigns/stay-home-stay-connected.

UMobile

umobile data internet percuma

Umobile juga menawarkan data internet percuma sebanyak 1 GB untuk setiap hari dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Walau bagaimanapun, ianya tidaklah sesukar seperti Hotlink/Maxis yang memerlukan penebusan secara harian. Pengguna Umobile boleh menggunakan kod USSD *118*6*7# bagi pengguna prabayar/prepaid dan *118*7*6# bagi pengguna pascabayar/postpaid.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/5458.

Celcom/Xpax

free internet celcom xpax 1gb

Bagi pengguna Celcom/Xpax pula, pengguna tidak perlu menebus data internet percuma 1 GB internet ini memandangkan ianya telah tersedia secara automatik dan sudah semestinya ini sangat memudahkan pengguna. Data internet percuma 1 GB yang diberikan ini juga dihadkan sama seperti Maxis/Hotlink dan UMobile, iaitu dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang sahaja setiap hari.

Untuk menyemak baki data internet ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi Celcom Life atau menggunakan kod USSD *118*1*1*2# untuk pengguna prabayar/prepaid dan *118# untuk pengguna pascabayar/postpaid. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.celcom.com.my/support/faq/personal#personal-shop-covid-19-support.

Digi

Digi Menawarkan Data Percuma 1 GB Sehari

Digi telah menawarkan 1 GB data internet percuma ini lebih awal lagi iaitu sejak 20 Mac 2020 dan tawaran ini diteruskan lagi sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Anda boleh lihat disini : https://topupniaga.com/digi-menawarkan-data-percuma-1-gb-sehari.

Untuk menebus tawaran data internet percuma ini :

  1. Bagi pengguna prabayar/prepaid, anda boleh mendail kod USSD *128*88# untuk menebus 1GB data internet berkelajuan tinggi secara percuma.
  2. Bagi pengguna pascabayar/postpaid, anda boleh mendail kod USSD *238*88# untuk menebus 1 GB data internet berkelajuan tinggi secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://community.digi.com.my/t5/Let-s-Inspire/DigiCares-Keeping-Malaysians-and-Businesses-Connected/ba-p/70977?.

YooDo

yoodo data internet 1gb percuma

Pada pendapat saya, Yoodo menawarkan data internet percuma yang terbaik buat masa ini memandangkan kebanyakan syarikat telekomunikasi mengehadkan penggunaan data internet percuma ini dari jam 8 pagi sehingga 6 petang sahaja setiap hari, tetapi tidak bagi Yoodo.

Yoodo menawarkan 1 GB data internet percuma ini sepanjang hari tanpa had tempoh masa bermula dari 30 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Yang lebih menarik, data internet yang tidak digunakan sepenuhnya boleh dikumpul dan digunakan pada bila-bila masa selagi pelan yang dilanggan masih belum berakhir atau diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://support.yoodo.com.my/hc/ms/sections/900000085506.

Redone

redone data internet percuma 1 gb

Redone juga tidak terkecuali memberikan data internet percuma sebanyak 1 GB untuk penggunaan harian dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Pengguna boleh menyemak status pengaktifan tawaran data internet percuma ini dengan mendail kod USSD *123# dan pilih ‘COVID-19:1GB’ dan semak status.

Sekiranya anda tidak menerima data internet 1 GB percuma ini sama ada akaun anda telah digantung atau tiada pelan data, anda boleh mendapatkan 1 GB data internet percuma ini dengan mendail *123# dan pilih Redeem dengan syarat anda telah menyelesaikan masalah akaun digantung atau membeli mana-mana pelan data.

Pengguna hanya perlu menebus tawaran ini sekali sahaja dan data internet percuma 1 GB akan diaktifkan secara automatik pada setiap hari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.redone.com.my/promotion/free_1gb_everyday.

Tunetalk

tunetalk 1gb data internet percuma

Syarikat telekomunikasi Tunetalk juga tidak ketinggalan menawarkan data internet percuma harian sebanyak 1 GB  dari jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula dari 1 April 2020 sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Untuk menebus tawaran ini, pengguna Tunetalk haruslah mempunyai akaun yang aktif dan SMS STAYHOME ke 2222.

Pengguna akan menerima SMS pemberitahuan apabila penebusan telah berjaya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.tunetalk.com/my/en/now-trending/topic/malaysia-bersama/1gbstayhome.

Unifi Mobile

data internet percuma unifi mobile

Unifi merupakan syarikat telekomunikasi yang tidak asing lagi dalam memberikan tawaran internet yang menarik dan berbaloi. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Unifi Mobile menawarkan data internet hotspot percuma sebanyak 999 GB LTE dan pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan memandangkan ianya disediakan secara automatik oleh pihak Unifi Mobile.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh muat turun PDF FAQ Unifi Mobile disini : https://unifi.com.my/mobile/postpaid/assets/doc/FAQ_Complimentary999GBLTE.pdf.

Diharap cara penebusan yang dipaparkan diatas dapat membantu anda untuk memperoleh maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa isu COVID-19 dan berhubung dengan yang tersayang.

Daftar Dealer/ Agen Topup Niaga Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ketahui Langkah Pencegahan COVID-19 disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.