Pelan Jaringan Prihatin Maxis

Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk Maxis juga sudah diumumkan beberapa hari lepas. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Maxis juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan dan rebat sehingga RM300 untuk pembelian telefon baru kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

rebat jaringan prihatin bpr maxis

Untuk pengguna prabayar (prepaid), pengguna Hotlink Prepaid boleh menebus kredit percuma dengan cara membuat langganan pas internet yang telah disubsidikan melalui aplikasi Hotlink atau kod UMB. Cara yang sama juga boleh diaplikasikan untuk pengguna Maxis Pascabayar (postpaid). Untuk pembelian telefon pintar pula, terdapat pelbagai variasi telefon pintar yang boleh didapatkan dengan langganan pelan Hotlink Postpaid 60 dengan harga yang pelbagai dan kontrak dari 12 bulan sehingga 24 bulan.

telefon pintar bpr maxis

Seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Maxis juga menawarkan data tambahan Jaringan Prihatin sebanyak 2 GB setiap hari. Pengguna boleh menebus data ini menggunakan kod UMB atau menerusi aplikasi Hotlink/Maxis/Hotlink Postpaid.

semak kelayakan jaringan prihatin maxis

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar dan menebus subsidi telefon pintar melalui Maxis, anda boleh daftarkan minat anda disini : Daftar Minat.

Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Pelan Jaringan Prihatin Khas dari Maxis ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Maxis disini : https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada Maxis ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.