Pendaftaran TIME Fibre Internet Malaysia

Memandangkan di Malaysia, penggunaan internet sudah semakin meluas, Topup Niaga tergerak untuk memudahkan urusan pendaftaran Time Fibre Internet lebih-lebih lagi semasa COVID-19 pandemik masih lagi melanda pada ketika ini. Untuk penggunaan internet di rumah atau untuk perniagaan, TIME Fibre diantara syarikat telekomunikasi yang menawarkan kelajuan internet yang tinggi dengan harga yang termurah di Malaysia.

Namun, walaupun dengan penawaran harga pelan yang termurah, TIME Fibre Internet mempunyai rangkaian yang tidak berapa meluas jika ingin dibandingkan dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Untuk membuat semakan sama ada pemasangan TIME Fibre boleh dijalankan di kawasan anda atau tidak, anda boleh layari : http://www.time.com.my/support/internet-coverage-check untuk membuat semakan.

Untuk pelan TIME Fibre Home, anda boleh melanggan pelan serendah RM99/bulan untuk kelajuan 100 Mbps sehingga RM199/bulan untuk kelajuan 1 Gbps. Berita baiknya, terdapat promosi yang dijalankan buat masa ini mengikut pelan yang ingin dilanggan.

pelan TIME Fibre Internet Malaysia

Proses pendaftaran sangat mudah lebih-lebih lagi musim PKP ini, anda tidak perlu pergi ke cawangan TIME Fibre Internet terdekat, cuma perlu mengisi maklumat pendaftaran yang diperlukan pada borang pendaftaran online yang diberikan.

cara daftar time fibre

Anda boleh lakukan pendaftaran dengan mudah disini : http://www.applyfiber.com/eng/TopupNiaga.

Diingatkan, pelan ini juga akan diikat dengan kontrak selama 24 bulan dan akan dikenakan penalti sekiranya anda ingin menamatkan langganan pelan ini lebih awal. Oleh itu, pastikan anda ingin membuat langganan TIME Fibre Internet ini dalam jangka masa lebih daripada 2 tahun untuk mengelakkan apa-apa masalah pada masa akan datang.

pendaftaran unifi fibre internet

Kos pemasangan standard juga adalah percuma kecuali terdapat perubahan atau pertambahan kos yang diperlukan untuk kesesuaian pemasangan seperti yang anda mahukan. Oleh itu, pastikan anda bertanyakan kepada pemasang terlebih dahulu untuk ketahui anggaran kos pemasangan sebelum proses pemasangan dijalankan.

Diharap proses pendaftaran TIME Fibre Internet Home atau Business anda dapat berjalan dengan mudah dan lancar. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui page Facebook : Topup Niaga.

Daftar TIME Fibre Internet disini : http://www.applyfiber.com/eng/TopupNiaga.

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ingin menjadi affiliate Lazada ? Ketahuinya disini : https://amirazman.my/cara-mendaftar-affiliate-lazada.