SKMM Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia

SKMM hari ini menyatakan mereka telah mengeluarkan 92 kompaun 5 kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia sebanyak RM4.6 juta iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, TT dotCom Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) dari Januari 2020 sehinggalah June 2020. Kompaun ini adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan syarikat telekomunikasi tersebut kepada standard kualiti piawaian perkhidmatan.

Menurut SKMM, jumlah dan nilai kompaun sehingga suku kedua 2020 jauh lebih tinggi berbanding sepanjang tahun lalu yang menyaksikan hanya 26 kompaun berjumlah RM960,000 dikeluarkan menunjukkan ketegasan dan komitmen SKMM dalam memastikan kualiti pengalaman pengguna sentiasa terjamin. Selain itu, SKMM juga menyarankan syarikat telekomunikasi agar meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepentingan para pengguna, selain meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.

“Pihak SKMM akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang gagal mengekalkan standard yang ditetapkan dalam AKM 1998, Piawaian Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) serta Kod Pengguna Am. Mereka yang ingkar boleh didenda mengikut Seksyen 105(3) AKM 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap kesalahan,” katanya.

Pada pendapat saya sendiri, sebagai pengguna kita tidak seharusnya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa apabila anda merasakan syarikat telekomunikasi yang anda gunakan tidak mematuhi standard kualiti piawaian perkhidmatan. Laman aduan SKMM juga sangat membantu dalam menyalurkan masalah pengguna memandangkan syarikat-syarikat telekomunikasi ‘tunduk’ kepada kepada arahan yang ditetapkan oleh SKMM.

kompaun skmm

Saya sendiri secara peribadi pernah membuat aduan kepada SKMM sebanyak 2 kali :

  1. Masalah Digi autosubscribe langganan game/aplikasi secara tiba-tiba dan automatik.
  2. Masalah sambungan Unifi ke server luar negara.

Dan kedua-dua isu tersebut dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas.

Diharap dengan tindakan SKMM kompaun syarikat telekomunikasi ini, syarikat telekomunikasi di Malaysia dapat mengikuti standard kualiti piawaian perkhidmatan, dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan pengguna dapat merasai teknologi telekomunikasi dengan baik termasuk juga pada kawasan luar bandar.

Cara Membuat Aduan SKMM : https://amirazman.my/cara-membuat-aduan-skmm.

Ingin Mendaftar Unifi ? Klik Disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.