Redone Memperkenalkan Pelan Amazing 2020

Sempena tahun 2020, Redone juga tidak ketinggalan dalam menarik taraf pelan yang mereka ditawarkan dengan mengemaskini pelan Amazing mereka. Bermula pada 26 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020, Redone menawarkan pelan Amazing 38+ dan juga Amazing 58+ yang boleh dikatakan agak menarik dan dalam tempoh waktu yang sangat terhad dimana lebih kurang sebulan sahaja tempoh promosi dan diberikan.

Kedua-dua pelan ini ditawarkan dengan pelan redSOCIAL, redVIDEO, redCALL dan juga data internet berkelajuan tinggi bergantung kepada pelan yang diambil. Pelan Amazing 38+ menawarkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 8 GB manakala Amazing 38+ pula ditawarkan dengan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 20 GB.

pelan amazing 38+ dan pelan amazing 58+

Walau bagaimanapun, promosi pelan Amazing ini hanyalah ditawarkan kepada pendaftaran baru dan juga MNP Port In, iaitu pendaftaran melalui penukaran syarikat penyedia telekomunikasi nombor sedia ada. Ini bermaksud penukaran pelan daripada pengguna sedia ada Redone kepada pelan terbaru ini tidak akan diterima.

pendaftaran pelan amazing 2020

Redone diantara syarikat telekomunikasi yang unik dimana mereka menawarkan pelan pascabayar mereka kepada pengguna walaupun telah disenarai hitam atau warga asing tetapi dikenakan deposit pendaftaran untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini. Untuk pendaftaran nombor baru, pengguna boleh memilih nombor yang masih boleh didapati pada sistem Redone termasuk juga nombor VIP dengan bayaran-bayaran tertentu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Redone : https://www.redone.com.my bermula pada 26 Februari 2020. Pada waktu post ini ditulis, laman rasmi Redone masih belum mengemaskini maklumat pelan Amazing terbaru pada laman rasmi mereka.

Jana Pendapatan Dengan menjadi Sales Advisor Redone disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Ketahui Cara Menebus eTunai Rakyat RM30 disini : https://amirazman.my/cara-menebus-etunai-rakyat-rm30.