CelcomInformasiTambah Nilai

Celcom Menawarkan 10% Pulangan Tambah Nilai

celcom boost ewallet 10% cashback

Sempena dengan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini, Celcom menawarkan 10% pulangan tambah nilai dengan erti kata lain, Celcom merupakan antara syarikat telekomunikasi terawal yang menawarkan cashback kepada pengguna dan ini merupakan satu berita yang baik dan boleh diikuti oleh syarikat-syariket telekomunikasi yang lain.

Celcom Menawarkan 10% Pulangan Tambah Nilai

Bagi pengguna Xpax, anda boleh menikmati pulangan cashback ini apabila menambah nilai menggunakan aplikasi Celcom Life. Pengguna perlu menghubungkan Celcom Life dengan aplikasi Boost dan anda akan menerima cashback sebanyak 10% di dalam baki e-wallet Boost anda.

Walau bagaimanapun, pulangan ini dihadkan kepada RM20 sahaja untuk setiap pengguna dan promosi ini akan bermula hari ini dan tamat pada 30 Jun 2020 akan datang.

pelan celcom mega unlimited trade in data

Selain itu, bagi pelan Mega Postpaid Plan pula, pengguna ditawarkan dengan fungsi ‘Trade-In’ data yang tidak digunakan menggunakan aplikasi Boost dan menerima RM5 bagi setiap 10 GB data. Penawaran ini juga akan berakhir pada 30 Jun 2020 kelak.

Bukan itu sahaja, pihak celcom juga menawarkan rebat sebanyak RM50 kepada akaun pascabayar yang membuat pilihan pembayaran kepada ‘Auto Billing’ serta penjimatan sebanyak RM10 sebulan apabila menukar pilihan bil kepada bil digital.

Pulangan tambah nilai daripada Celcom ini secara tidak langsung mendedahkan pengguna kepada pembayaran digital serta mengurangkan kos sara hidup lebih-lebih lagi dengan wabak COVID-19 yang memberi impak besar kepada kehidupan seharian baru-baru ini.

Apa pendapat anda berkenaan syarikat telekomunikasi Celcom yang menawarkan pulangan tambah nilai ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Ketahui Promosi Pelan Terbaik Redone disini : https://topupniaga.com/redone-memperkenalkan-pelan-amazing-2020.

Telefon Pintar Hilang atau Dicuri ? Klik disini : https://amirazman.my/telefon-pintar-anda-hilang.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !