Unbilled Amount, Current & Overdue Charges

Persoalan mengenai apa itu unbilled amount, current & overdue charges sering disuarakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih baru dalam menggunakan akaun postpaid atau pascabayar. Malah, kekeliruan ini ditambah lagi dengan amaun yang dipaparkan adalah amaun yang negatif dan juga terma-terma perkataan yang mengelirukan pengguna.

Tidak dinafikan setiap telco ada terma-terma perkataan yang mereka gunakan sendiri untuk mengelakkan kekeliruan pengguna. Ada yang menggunakan unbilled amount, current & overdue charges dan ada juga yang menggunakan total payment after last bill date serta terma-terma perkataan yang lain dimana saya akan jelaskan dibawah.

unbilled amount celcom

Unbilled amount merupakan amaun yang masih belum dibilkan lagi dan akan berubah-ubah amaun ini sehinggalah jumlah amaun tersebut telah dibilkan. Setiap syarikat telekomunikasi mempunyai tarikh bil yang berbeza-beza. Ada yang mengira dari tarikh pertama penggunaan dan ada juga syarikat telekomunikasi yang menetapkan setiap 1 haribulan merupakan tarikh pengeluaran bil yang baru.

Sebagai contoh, sekiranya pengeluaran bil baru pada 1 haribulan dan pengguna menyemak unbilled amount pada 20 haribulan adalah sebanyak RM 30, bermakna penggunaan daripada 1 haribulan sehinggalah 20 haribulan adalah sebanyak RM 30 dan amaun ini akan ditetapkan semula kepada RM 0 pada tarikh bil baru dikeluarkan.

Selain itu, Current charges pula merupakan amaun semasa yang telah dicas dan dibilkan sehinggalah pada tarikh yang dinyatakan. Dengan kata lain, current charges adalah amaun penggunaan terkini yang telah dibilkan, berbeza dengan Overdue Charges dimana Overdue Charges merupakan amaun yang tertunggak pada bulan-bulan yang sebelum daripada Current Charges.

Total Amount Due = Current Charges + Overdue Charges.

total payment after last bill date redone

Syarikat telekomunikasi Redone pula menggunakan terma perkataan Total Payment After Last Bill DateĀ dimana memberi maksud berapakah bayaran yang telah dibuat selepas daripada tarikh bil terkini dikeluarkan. Seperti contoh gambar diatas, tarikh bil terakhir dikeluarkan ialah pada 1 Mac 2020 dan total payment after last bill date pula RM 0. Ini bermaksud amount due yang dipaparkan masih lagi belum dibayar selepas daripada tarikh bil terkini.

bil redone telah dibayar

Sebagai perbandingan dengan bil yang telah dibayar selepas pada tarikh bil terkini, anda boleh lihat pada gambar diatas. Total payment after last bill date menjadi RM 57.08 menandakan pembayaran amount due sebanyak RM 57.08 telah pun dijelaskan atau dibayar.

bil negatif

Seterusnya, apabila anda menerima paparan bahawa amount due atau jumlah tertunggak anda mempunyai tanda negatif, anda sepatutnya perlu merasa gembira dan lega kerana ini menunjukkan anda telah ‘terlebih bayar’ pada bayaran yang sebelum ini. Walaupun begitu, tidak perlu risau kerana ianya akan digunakan untuk pembayaran bil yang akan datang.

Kesimpulannya, anda tidak perlu khuatir sekiranya anda mempunyai unbilled amount melainkan amaun tersebut melebihi amaun penggunaan kebiasaan anda pada setiap bulan (jika tiada servis tambahan yang digunakan). Pastikan akaun postpaid atau pascabayar anda tidak mempunyai tunggakan atau overdue lebih daripada 2-3 bulan atau melebihi had penggunaan kredit yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada talian disekat.

Diharap post kali ini dapat membantu pengguna memahami dengan lebih baik mengenai terma-terma perkataan yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi kepada talian postpaid atau pascabayar untuk mengelakkan daripada kekeliruan berlaku.

Daftar Dealer / Agen Topup Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ingin Mendapatkan Telefon Pintar Yang Hilang ? Baca disini : https://amirazman.my/telefon-pintar-anda-hilang.