pelan amazing 68m

Redone memperkenalkan pelan Amazing 68M setelah mereka mengemaskini polisi deposit port in pada awal bulan Mei 2019 merupakan salah satu langkah bijak daripada syarikat telekomunikasi Redone untuk menarik pengguna telco lain untuk bertukar kepada telco Redone. Ini kerana pelan Amazing 68M ini merupakan promosi khas untuk pengguna yang bertukar ke Redone melalui MNP Port In daripada telco luar sahaja (selain daripada rangkaian Celcom dan MNVO Celcom).

Pelan Amazing 68M ini memberikan pengguna 15 GB 4G LTE data berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had (redCALL) dan juga 10GB data video atau stream (redVIDEO) dengan harga RM58 sebulan. Walau bagaimanapun, kos GST sebanyak 6% masih lagi perlu ditanggung oleh mana-mana pelan pascabayar termasuk juga dengan redVIDEO. Selain itu, promosi ini hanyalah untuk penggunaan selama 12 bulan sahaja, menjadikan komitmen pembayaran bulanan bertukar menjadi RM68 sebulan bermula pada bulan seterusnya.

redone pelan amazing 68M

Bagi mereka yang berminat dengan pelan Amazing 68M ini, pendaftaran Redone perlulah dilakukan dengan MNP Port In daripada mana-mana telco seperti dibawah :

  1. Maxis
  2. Digi
  3. UMobile
  4. Uni Mobile
  5. YTL YES

Untuk MNP Port in kepada pelan ini tidak memerlukan deposit melainkan pendaftaran bagi warganegara asing. Hanya cas pendaftaran pengaktifan simkad sebanyak RM10 dikenakan kepada pengguna untuk bertukar kepada pelan ini. Anda boleh lihat polisi MNP Port In terbaru Redone pada pautan ini : https://topupniaga.com/polisi-deposit-port-in-redone-may-2019.

mnp port in amazing 68m

Sekiranya data internet berkelajuan tinggi telah habis digunakan, kelajuan data internet akan dihadkan pada 64kbps atau anda boleh melanggan data tambahan daripada Redone untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi semula. Baru-baru ini, terdapat penurunan pada harga data tambahan Redone, anda boleh rujuk disini : https://topupniaga.com/penurunan-harga-data-tambahan-redone.

Promosi pelan Amazing 68M ini telah bermula pada 17 Mei 2019 sehingga pada 30 April 2020 kelak. Data untuk penggunaan internet berkelajuan tinggi dan redVIDEO akan diperbaharui pada setiap 1 haribulan pada awal bulan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami melalui Facebook : Topup Niaga.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk mendapatkan pelan panggilan tanpa had ? Klik disini : https://topupniaga.com/pelan-internet-terbaik-dan-terjimat.