Xpax Menawarkan Internet Tanpa Had

Bermula pada hari ini, XPAX menawarkan internet tanpa had melalui pas internet terbaru mereka yang diberi nama Ultra Pass. Yang menariknya, pas ini menawarkan pelan internet tanpa had serendah RM1 untuk 1 jam, RM2 untuk 3 jam, RM5 untuk 12 jam dan RM8 untuk 24 jam.

Penawaran RM8 untuk 24jam ini persis seperti penawaran pelan yang Digi tawarkan sekiranya menggunakan internet sehingga RM 8, mereka akan aktifkan unlimited internet untuk hari tersebut. Walau bagaimanapun, pas ini hanya boleh digunakan pada peranti mudah alih sahaja dan tidak boleh menggunakan hotspot. Ini salah satu downside kepada pas ini berbanding Digi yang membenarkan hotspot tetapi terhad kepada 20 GB sahaja.

pelan ultra pass xpax

Selain itu, XPAX juga ada menawarkan pelan harian, mingguan dan bulanan terbaru melalui Ultra Pass dimana mereka menawarkan pelan internet yang lebih berpatutan dan mereka memberikan unlimited data penggunaan Youtube daripada jam 1 pagi sehingga 7 pagi setiap hari selagi Ultra Pass masih aktif. Yang lebih menariknya, pengguna yang melanggan pelan mingguan atau bulanan Ultra Pass akan menerima VIP access iflix selagi langganan pengguna masih aktif.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tawaran Ultra Pass ini, anda boleh membuat langganan melalui aplikasi Celcom Life bermula pada hari ini. Anda boleh dapatkan applikasi tersebut disini : https://www.celcom.com.my/support/celcom-life-app.

Apa pendapat anda berkenaan ‘Xpax Menawarkan Internet Tanpa Had’ ini ? Berbaloi atau tidak untuk penggunaan internet masa kini ?

Berminat untuk mendapatkan pelan unlimited call ? https://topupniaga.com/pelan-internet-terbaik-dan-terjimat.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.