Redone Menawarkan Pelan Kesetiaan

Bermula pada 1 Julai 2019 ini, Redone menawarkan pelan kesetiaan atau dalam perkataan lainnya Retention Plan kepada pengguna Amazing 28+ yang telah menggunakan talian Redone lebih daripada 6 bulan. Ini termasuklah pelan Amazing 38 yang juga merupakan pelan Amazing 28 ditambah dengan addon redCALL.

Untuk mendapatkan pelan istimewa ini, pengguna talian Redone yang telah lebih 6 bulan boleh membuat permintaan kepada pihak Redone untuk menaiktaraf dengan bayaran sebanyak RM10 sekali sahaja atau hanya menghantar YES28 ke 23388.

upgrade amazing 28+

Dibawah saya paparkan Pelan Amazing 28+ Retention Plan untuk tatapan umum. Perbezaan pelan ini dengan pelan Amazing 28 yang biasa ialah internet berkelajuan tinggi yang diberikan 3 GB lebih tinggi daripada normal. Dalam tahun ini saya lihat syarikat telekomunikasi Redone semakin rancak memberikan persaingan terbaik dalam penawaran harga data internet yang semakin hari semakin menarik.

pelan amazing 28+

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan kesetiaan Amazing 28+ ini, anda boleh menunggu untuk pengumuman rasmi daripada pihak Redone dalam masa terdekat di laman rasmi mereka https://www.redone.com.my.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik disini : https://topupniaga.com.

Berminat untuk menjadi telcopreneur Malaysia ? Jom baca kelebihan Sales Advisor Redone disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.