Memandangkan BeONE Prepaid masih lagi baru dalam pasaran, saya akan berikan beberapa tutorial penggunaan asas BeONE Prepaid untuk memudahkan anda memahami serta tidak keliru dengan pelan yang tidak termasuk dalam tariff BeONE. Untuk ketahui pelan yang BeONE tawarkan, anda boleh rujuk semula post saya sebelum ini disini : https://topupniaga.com/pengenalan-pelan-beone-prepaid.
Yang menarik mengenai BeONE Prepaid, untuk tambah nilai serendah RM10, BeONE Prepaid memberikan 1 GB data internet berkelajuan tinggi, 10 GB data internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had ke rangkaian BeONE serta tempoh aktif selama 30 hari walaupun anda masih belum membuat apa-apa langganan. Dengan kata lain, hanya serendah RM10 sahaja sebulan, BeONE menawarkan pelan panggilan tanpa had kesemua rangkaian dan 1 GB data internet berkelajuan tinggi yang termurah di Malaysia buat waktu ini.
Berminat untuk mendapatkan BeONE Prepaid ? Whatsapp ‘BeONE Prepaid‘ ke 0177860670 atau PM Facebook kami : Topup Niaga untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM5/sim.
Untuk memudahkan urusan langganan, Pengguna BeONE Prepaid boleh memuat turun aplikasi Redone Prepaid mengikut sistem operasi yang digunakan :
- Android (Google Playstore) : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.redone.prepaid&hl=en&gl=US.
- iOS (Apple App Store) : https://apps.apple.com/my/app/redone-prepaid/id1502227419.
Sekiranya anda kali pertama menggunakan aplikasi ini, klik pada Sign Up dan masukkan nombor telefon BeONE anda. Password akan dihantar melalui SMS dan masukkan pada ruang yang disediakan serta klik ‘Login’.
Setelah anda berjaya login, anda boleh membuat tambah nilai, semakan kredit & data, serta langganan dengan mudah dan pantas. Pelan yang ditawarkan oleh BeONE Prepaid boleh dilanggan melalui menu Addon sama ada di redPASS atau redDATA.
Urusan diatas juga boleh diakses menggunakan USSD, sebagai contoh :
Semakan baki kredit : *124#
Tambah nilai :*122*REDONEPIN#
Langganan redDATA (Panggilan tanpa had kesemua rangkaian, 8 GB internet berkelajuan tinggi, 10 GB internet sosial, 15 GB internet video) : *108*2#
Langganan redPASS (redCALL, redSOCIAL, redVIDEO, redSMS, redMUSIC) : *108*3#
Diharap tutorial penggunaan BeONE Pepaid ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menggunakan sim BeONE Prepaid. Sebarang perubahan serta pertambahan informasi mengenai pelan dan sebagainya akan dikemaskini semula pada masa akan datang.
Berminat untuk menjana pendapatan dengan BeONE Prepaid ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-executive-beone.