Tutorial Upgrade Sim YES 4G Kepada YES 5G

Bagaimana cara untuk upgrade sim YES 4G saya kepada YES 5G?

Ini mungkin persoalan yang mungkin ditanya sekiranya kawasan anda sudah menyokong rangkaian YES 5G, tetapi masih menggunakan YES 4G.

Diantara pelan yang masih kekal menggunakan rangkaian 4G ialah YES Prepaid Kasi UP dan juga YES Prihatin Learn from Home for Individuals.

Walaupun begitu, pelan YES Prihatin tidak dapat ditukar kepada YES 5G memandangkan pelan YES Prihatin mempunyai pelan yang special iaitu RM15/bulan untuk unlimited data, speed dan hotspot quota 9 GB.

Terdapat 2 jenis pelan yang anda boleh langgan jika anda berminat untuk menggunakan YES 5G :

1. Yes Infinite Postpaid

2. Yes Prepaid FT5G

Yes Infinite Postpaid

telefon pintar percuma yes infinite+

Yes Infinite Postpaid terbahagi kepada 4 iaitu Basic, Premium Standard dan Ultra. Perbezaan untuk kesemua pelan ini hanyalah quota hotspot dan juga komitmen langganan bulanan sahaja. Malah terdapat YES Infinite+ dimana YES menawarkan pelbagai telefon pintar 5G PERCUMA dengan kontrak penggunaan selama 3 tahun.

yes infinite postpaid

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca disini : https://topupniaga.com/telefon-pintar-percuma-dari-yes-infinite.

Yes Prepaid FT5G

yes prepaid ft5g

Yes Prepaid FT5G ini hanya mempunyai 1 plan, iaitu RM30/bulan dengan penawaran data tanpa had 4G dengan kelajuan terhad kepada 7Mbps dan 12GB data hotspot pada kelajuan penuh.

Pelan ini hanya mempunyai 1 pilihan langganan ini sahaja, berbanding pelan kasi UP yang mempunyai lebih banyak pilihan dan lebih murah, tetapi terhad kepada rangkaian 4G sahaja.

Jika ditanya kepada saya, sekiranya anda memang berminat untuk menggunakan rangkaian 5G dan kawasan anda telah menyokong rangkaian tersebut, maka sesuai untuk anda upgrade. Jika anda lebih berminat untuk langganan kurang dari RM30/bulan dan mencukupi, mungkin kekal menggunakan sim YES 4G adalah lebih baik.

Manakala sekiranya anda mahukan telefon pintar baru yang menyokong 5G secara PERCUMA, mungkin Yes Postpaid diatas sesuai untuk anda.

cara tukar yes 4g kepada yes 5g

Untuk upgrade simkad YES 4G anda kepada YES 5G, anda perlu login aplikasi YES dan klik pada butang upgrade, dan anda akan diminta untuk membuat bayaran langganan serta isikan maklumat yang diperlukan untuk pengeposan sim baru.

Ya, sim YES 4G tidak boleh digunakan untuk rangkaian 5G. Anda memerlukan sim baru yang menyokong 5G untuk menggunakannya, tidak seperti kebanyakan telco lain.

Diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda khususnya kepada pengguna YES 4G yang berkeinginan untuk menggunakan rangkaian 5G.

Dapatkan simkad YES 5G disini : https://www.yes.my/5gplans.

Berminat dengan YES Prepaid ? Dapatkan sim YES Prepaid disini : https://shope.ee/VZVkR3ckj.

Daftar aplikasi Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.