Yoodo Kembali Dengan Promosi RM20 20GB

Bermula pada hari ini, Yoodo kembali dengan promosi RM20 20GB seperti yang mereka pernah lakukan sebelum ini. Promosi The Monster Returns daripada Yoodo ini menggantikan promosi Double Special Extra sebelum ini yang hanya memberikan 20 GB data dengan harga langganan RM25. Menurut saya, ini merupakan satu langkah yang bijak apabila mengeluarkan pelan yang berkadar RM1=1GB kepada pengguna.

Tidak dinafikan, pelan ini diantara pelan yang terhangat dan sering dilanggan oleh pengguna Yoodo semasa promosi ini berjalan sekitar akhir tahun lepas. Pada pendapat saya, mungkin pihak Yoodo boleh memberikan data yang lebih tinggi untuk meningkatkan lagi persaingan dengan syarikat telekomunikasi lain untuk tahun 2021 ini memandangkan Yoodo terkenal dengan diantara pelan data yang termurah di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak Yoodo tidak memberitahu bilakah tawaran promosi RM20 20GB ini akan berakhir. Tetapi mengikut patten pada tahun lepas, sesuatu pasti akan dilakukan sekitar bulan 9 dan juga bulan 12 ini sama ada kemaskini pelan baru atau promosi terbaru. Sama-sama kita nantikan.

Simkad Yoodo ini boleh didapatkan secara percuma dan boleh digunakan untuk pendaftaran talian baru, atau mengekalkan nombor sedia ada melalui proses pertukaran telco. Penghantaran simkad adalah percuma, malah anda akan menerima 7 GB DATA INTERNET secara PERCUMA setelah anda mengaktifkan simkad tersebut.

daftar yoodo simkad percuma

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan internet Yoodo ini, anda boleh mendapatkannya simkad Yoodo ini secara PERCUMA melalui pautan ini : https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=pxkbe8208.

Yoodo Menawarkan Pelan Data Tanpa Had : https://topupniaga.com/yoodo-menawarkan-pelan-unlimited-internet.

Pelan Jaringan Prihatin Yoodo : https://topupniaga.com/pelan-jaringan-prihatin-yoodo.