Maxis Share Dan Hotlink Share Pada SRS Topup

Dalam beberapa bulan lepas, terdapat beberapa produk tambah nilai baru yang dimasukkan pada sistem SRS Topup, termasuklah Maxis Share 10% dan juga Hotlink Share 10%. Kedua-dua produk ini adalah sama, iaitu tambah nilai kredit secara ‘Share-A-Top-Up’ yang boleh digunakan untuk menambah nilai kredit prabayar talian Hotlink.

Walaupun begitu, terdapat perbezaan ketara diantara Maxis/Hotlink Share 10% ini berbanding tambah nilai yang biasa walaupun kedua-duanya memberikan tambah nilai dengan jumlah yang sama iaitu tempoh sah tambahan bagi Maxis/Hotlink Share 10% untuk nilai Share A Top Up pada aplikasi SRS Topup serendah RM 10 sehinggalah RM 100 hanya 5 hari sahaja.

cara topup srs topup

Oleh itu, golongan yang bagaimanakah yang sesuai untuk menggunakan Maxis/Hotlink Share 10% ini ?

  1. Pengguna yang inginkan kredit untuk penggunaan harian dan boleh memanfaatkan sepenuhnya dalam masa 5 hari.
  2. Pengguna yang mempunyai tempoh sah yang panjang dan tidak terkesan dengan tempoh sah tambahan sebanyak 5 hari sahaja.

Bagi pengguna yang ingin membuat pembaharuan internet dan mempunyai tempoh sah yang tidak panjang, sebaiknya diberikan tambah nilai maxis seperti biasa untuk mengelakkan daripada penggunaan internet mereka disekat apabila tempoh sah talian mereka tamat.

Sememangnya jualan daripada produk Hotlink Share atau Maxis Share 10% pada SRS Topup ini lumayan dengan margin setinggi 10%, tetapi pastikan ianya sesuai dengan kehendak pengguna untuk mengelakan salah faham serta pertelingkahan sekiranya perkhidmatan talian mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Share A Topup daripada Hotlink ini, anda boleh layari : https://www.hotlink.com.my/ms/lifestyle/services/satu-aatu.

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ingin menjadi Usahawan Telco Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.