Agen TopupDealer TopupInformasi

Pembayaran Bil Astro Dikenakan Caj Tambahan

Pembayaran Bil Astro Dikenakan Caj Tambahan

Bermula pada 1 Januari 2021, Astro telah mengeluarkan notifikasi mengenai pembayaran bil Astro melalui beberapa kaedah akan dikenakan caj tambahan sebanyak 50 sen. Menurut Astro, caj tambahan ini bukanlah dikenakan oleh pihak Astro, tetapi dikenakan oleh pengurusan pembayaran pihak ketiga seperti E-wallet Digital.

Terdapat pelbagai perkhidmatan E-wallet Digital yang terkesan dengan caj tambahan ini termasuk Razer Pay, GoPayz, Mcash, Boost, Kelantan Pay, dan juga kaedah pembayaran ePay seperti TnG, GrabPay, Shopee, Lazada, selain pembayaran di stesen minyak, Tesco, Watson, Guardian, Family Mart, My News dan beberapa yang lain.

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh melakukan pembayaran tanpa caj tambahan ini sekiranya menggunakan platform Astro di aplikasi My Astro App atau menggunakan perbankan online.

my astro app

Jika dilihat secara menyeluruh, dengan adanya perkhidmatan internet yang semakin baik dan kewujudan pelbagai laman penstriman seperti Netflix memberikan persaingan yang sangat kuat kepada Astro dalam memberikan konten yang menarik. Selain itu, laman penstriman Disney+ juga berkemungkinan akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Diatas perubahan caj pembayaran yang dikenakan keatas bil Astro ini, kadar keuntungan daripada pembayaran ASTROBILL pada SRS Topup juga terkesan dimana bermula pada 1 Januari 2021, kadar keuntungan pembayaran bil Astro menurun kepada 0.35% daripada jumlah pembayaran.

Kami daripada Topup Niaga berharap syarikat telekomunikasi dengan penawaran yang semakin kompetitif dapat memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun 2020 sekiranya keadaan semasa sudah semakin baik dan stabil. Sama-sama kita doakan.

Daftar Unifi Fibre disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Masalah Simkad Yes 4G Kasi Up : https://amirazman.my/masalah-simkad-kasi-up-yes-4g.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !