YES Memperkenalkan Pelan 'Kasi UP'

Pada pertengahan Disember 2020, YES telah memperkenalkan pelan terbaru mereka iaitu ‘KASI UP’ yang ‘dikatakan’ pelan yang lebih murah daripada U Mobile. Pelan terbaru ini merangkumi pelan prabayar (prepaid) dan pascabayar (postpaid). Yang menariknya, YES juga menawarkan ganjaran melalui sistem referral ‘UNLIMITED DUIT’ mereka yang boleh diterima oleh referrer dan juga referree.

  • YES PREPAID ‘KASI UP’

pelan prepaid yes kasi up

Bagi pelan prabayar (prepaid) mereka, YES menawarkan 3 pelan utama :

  1. KASI UP PREPAID 15 : RM15/bulan dengan data internet sebanyak 10 GB.
  2. KASI UP PREPAID 20 : RM20/bulan dengan data internet sebanyak 20GB.
  3. KASI UP PREPAID UNLIMITED : RM30/bulan dengan data internet tanpa had (kelajuan terhad kepada 7 Mbps dan 9 GB data hotspot).

harga internet addon yes

Penawaran harga data internet addon mereka juga saya boleh katakan agak murah dan kompetitif berbanding pelan yang mereka tawarkan sebelum ini.

tambah nilai yes 4g

Tambah nilai kredit mereka juga memberikan tempoh aktif hampir 2 kali ganda jika dibandingkan dengan penawaran tambah nilai daripada syarikat telekomunikasi pesaing di Malaysia pada ketika ini.

Daftar YES Prepaid ‘Kasi UP’ disini (penghantaran simkad PERCUMA) : Simkad YES Percuma !.

  • YES POSTPAID ‘KASI UP’

postpaid yes kasi upBagi pelan prabayar (postpaid) pula, YES menawarkan 2 pelan utama :

  1. KASI UP POSTPAID 49 : RM49/bulan dengan data internet sebanyak 100 GB dan panggilan tanpa had.
  2. KASI UP POSTPAID 30 PHONE BUNDLE : RM30/bulan dengan data internet sebanyal 20 GB dan juga telefon pintar 4G PERCUMA yang berharga RM399.

Untuk pelan KASI UP POSTPAID 49, mereka menawarkan penggunaan 6 bulan secara percuma dengan syarat memilih penggunaan kontrak selama 24 bulan. Bagi pengguna yang port in kepada rangkaian YES daripada rangkaian lain, tiada kontrak dikenakan.

Penawaran data addon juga hampir sama seperti pada pelan prabayar (prepaid) mereka iaitu RM1 = 1 GB data internet berkelajuan tinggi tetapi diingatkan ianya hanya sah sehingga hari akhir kitaran bil sahaja.

data addon yes postpaid

Daftar YES Prepaid ‘Kasi UP’ disini (penghantaran simkad PERCUMA) : Simkad YES Percuma !.

  • REFERRAL YES ‘UNLIMITED DUIT’

yes kasi up unlimited duit

Ini adalah yang paling menarik bagi saya dan ianya adalah strategi yang baik untuk rangkaian YES memperluaskan lagi pengguna mereka dalam jangka masa yang singkat. YES memberikan ganjaran dari serendah RM5 sehinggalah kepada RM50 kepada referrer dan juga referree bagi setiap pelan Kasi Up yang mereka tawarkan dengan syarat serta tempoh bayaran yang tertentu.

Ganjaran yang diberi oleh YES bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat pembelian pelan dan servis addon, malah boleh juga dikreditkan ke dalam akaun bank anda dengan syarat pengeluaran minimum sebanyak RM50 dan maksimum sebanyak RM5000 sehari. Namun, YES mengehadkan pengeluaran ini kepada RM20000 sahaja dalam tempoh masa sebulan.

Untuk mendapatkan referral code, anda haruslah mengaktifkan simkad YES anda terlebih dahulu. Maklumat lanjut : https://www.yes.my/faq/campaign.

Ingin membuat semakan liputan rangkaian YES ? layari : https://www.yes.my/support/coverage.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan daripada YES ini, boleh dapatkannya disini (penghantaran simkad PERCUMA) : Simkad YES Percuma !.

Tutorial Menukar Telco Secara MNP : https://topupniaga.com/tutorial-menukar-telco-secara-mnp.