tutorial pembayaran astrobill menggunakan SRS Topup

Pada tutorial kali ini saya akan menjelaskan cara membuat pembayaran ASTROBILL menggunakan aplikasi SRS Topup. Untuk pengetahuan anda, aplikasi SRS Topup merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk pembelian tambah nilai syarikat telekomunikasi termasuk tambah nilai game online, pembayaran bil dan pelbagai lagi jenis pembayaran pada masa akan datang dengan kadar keuntungan sehingga 10%.

Untuk mendapatkan akses sebagai Dealer atau Agen Topup Niaga, anda boleh dapatkan maklumat lanjut disini : DAFTAR SRS TOPUP.

Tutorial ini hanya boleh diikuti bagi mereka yang mempunyai akses kepada SRS Topup sahaja seperti dibawah.

  1. Login aplikasi SRS Topup dan klik pada menu ‘Bill Payment’.
    cara bayar bil astro online
  2. Kemudian, klik pada menu ASTROBILL.
    tutorial bayar bil astro
  3. Isi nombor akaun UNIFI (10 digit) dan klik pada ‘CHECK BILL’ untuk membuat semakan tunggakan bagi akaun tersebut.
    astrobill srs topup
  4. Maklumat akaun bil seperti Nama pemilik berdaftar, jumlah tunggakan dan maklumat mengenai pembayaran bil terkini akan terpapar pada sistem SRS Topup. Masukkan amaun yang ingin dibayar, kemudian klik pada ‘PROCEED TO PAYMENT’.
    semakan tunggakan bil astro
  5. Semak dan pastikan nombor akaun dan jumlah pembayaran adalah seperti yang tertera. Kemudian, klik ‘PROCESS TO CHECKOUT’.
    astrobill srs mobile
  6. Pembayaran telah berjaya. Anda boleh print atau share receipt untuk diberikan kepada pelanggan serta untuk semakan pada masa akan datang.
    semak bayaran astro

Kebiasaannya, nombor pemilik yang didaftarkan pada sistem Astro akan menerima SMS pengesahan pembayaran dan kemaskini pembayaran pada portal pelanggan Astro pula akan mengambil masa beberapa jam.

Diharap tutorial pembayaran ASTROBILL menggunakan aplikasi SRS Topup ini dapat membantu anda memahami proses pembayaran ini untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.

Cara Menyemak Bil Tertunggak Telco : https://topupniaga.com/cara-menyemak-bil-tertunggak-telco.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telekomunikasi : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.