Redone

Polisi Deposit Port In Redone May 2019

Polisi Deposit Port In Redone May 2019

Pada hari ini, Redone telah mengumumkan polisi deposit port in Redone yang terbaru dimana mereka mengecualikan deposit kepada pengguna yang ingin menukar telco nombor sedia ada kepada Redone termasuklah pengguna blacklist telco. Ini sudah semestinya memberikan kemudahan kepada pengguna blacklist yang ingin ‘berhijrah’ kepada telco Redone.

Sekiranya sebelum ini Redone satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan pengguna yang disenarai hitam telco untuk mendaftar dibawah pelan mereka dengan meletakkan syarat deposit, bermula pada 2 Mei 2019 ini pengguna yang blacklist telco juga boleh MNP Port In kepada telco Redone dengan bayaran RM10 sahaja (cas pendaftaran) tanpa deposit.

polisi deposit mnp port in Redone 2019

Walaupun begitu, sekiranya pengguna yang ingin mendaftarkan nombor baru dengan Redone, mereka masih dikenakan deposit dan boleh memilih nombor yang mereka ingini. Selain itu, warga asing juga masih dikenakan deposit sekiranya ingin mendaftar nombor baru atau MNP Port In kepada pelan Redone.

Sekiranya anda ada pertanyaan berkenaan polisi port in deposit redone terbaru ini, anda boleh ajukan diruangan komen dibawah atau ke page Topup Niaga disini : https://www.facebook.com/topupniaganetwork.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk mendapatkan pelan jimat dan murah ? https://topupniaga.com/pelan-internet-terbaik-dan-terjimat.

Facebook Comments

No Responses

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !