Dealer Topup

Rangkaian 3G Sudah Mula Ditamatkan Di Malaysia

Rangkaian 3G Sudah Mula Ditamatkan Di Malaysia

Seperti yang diumumkan sebelum ini, rangkaian 3G sudah mula ditamatkan di Malaysia secara berperingkat dan dapat dilihat terdapat pengguna sudah mula merasai kesan daripada penamatan rangkaian ini. Ini bermakna, rangkaian 3G sudah tidak boleh digunakan lagi bermula pada tahun hadapan. Saya senaraikan beberapa jadual penamatan yang diuar-uarkan oleh syarikat telekomunikasi seperti dibawah.

Digi/ToneWow/Tapp/Speakout :

penamatan 3g digi

Celcom/RedONE/BeONE/XOX/Tunetalk/HaloTelco/Yoodo/Tone Excel :

penamatan 3g celcom

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk setiap syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Penamatan rangkaian 3G ini adalah untuk memberi laluan kepada liputan rangkaian 4G dan juga 5G yang lebih baik, tetapi yang merisaukan ialah kawasan terpencil seperti kawasan pendalaman terdapat kemungkinan masih tidak mendapat liputan rangkaian 4G di kawasan mereka yang mungkin akan terjejas. Kami dari Topup Niaga berharap rangkaian 4G kelak akan dapat diakses dari serata kawasan termasuklah kawasan-kawasan pendalaman.

Untuk memastikan anda dapat menggunakan rangkaian 4G, telefon pintar yang anda gunakan haruslah menyokong rangkaian 4G serta gunakan rangkaian telekomunikasi yang mempunyai liputan 4G di kawasan anda. Anda boleh membuat semakan coverage disini : https://topupniaga.com/cara-menyemak-coverage-telco-di-malaysia.

Telefon bimbit yang terlalu lama dan tidak menyokong 4G masih boleh digunakan, tetapi hanya bergantung pada rangkaian 2G dan ke bawah sahaja, dan penggunaan untuk panggilan serta SMS sudah semestinya tidak terjejas. Akan tetapi, lebih baik untuk menggunakan rangkaian 4G memandangkan buat masa sekarang terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang sudah menyokong VoLTE iaitu panggilan yang dibuat menggunakan rangkaian 4G LTE yang mempunyai kualiti audio yang lebih baik, dan pengguna boleh menggunakan data 4G LTE pada masa yang sama.

Adakah anda berada di kawasan pendalaman ? Anda mempunyai masalah untuk menerima rangkaian ? Telefon pintar apa yang anda gunakan ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah pengalaman penggunaan anda setelah rangkaian 3G ditamatkan di kawasan anda.

Daftar Unifi Fibre disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Facebook Comments

Leave a Comment