promosi unifi mobile

TM sekali lagi melanjutkan promosi Unifi Mobile kepada mereka yang berminat untuk mendapatkannya. Promosi ini dilanjutkan sehingga 30 Jun 2018 dimana anda akan menerima 10 GB LTE data internet, 10 minit panggilan serta 10 SMS secara PERCUMA untuk setiap sim Unifi Mobile.

Seorang pengguna boleh mendapatkan 3 simkad jadi bagi mereka yang masih belum mendapatkannya, anda masih berpeluang untuk mendapatkannya segera sementara stok sim masih ada di TM Point yang berhampiran. Bagi kawasan yang mempunyai coverage yang baik, saya galakkan untuk mengambil sim Unifi Mobile ini memandangkan ianya percuma.

unifi mobile 10gb

Review saya, simkad Unifi Mobile ini agak lambat dalam line detection tidak seperti simkad syarikat telekomunikasi yang lain, dimana saya kurang pasti mengapa terjadinya sedemikian. Download speed di kawasan saya di Johor pula hanya mencecah 3.6 Mbps sahaja dengan capaian rangkaian 3G. Mungkin rangkaian 4G LTE agak sukar untuk dicapai di kawasan pendalaman.

Namun sekiranya Unifi Mobile mempunyai coverage yang baik di kawasan anda, mungkin anda akan berpuas hati dengan kadar kelajuan internet yang ditawarkan. Kelebihan Unifi Mobile adalah tiada tarikh tamat tempoh dan anda boleh gunakan sepenuhnya pakej internet yang anda langgani.

Promosi Unifi Mobile ini boleh didapatkan secara percuma dengan memuat turun aplikasi mobile@unifi di Google Playstore atau Apple Store. Untuk tambah nilai dan semakan penggunaan data juga boleh dilihat melalui dashboard aplikasi tersebut.

Anda boleh download aplikasi tersebut melalui pautan disini :
Untuk pengguna android : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.unifi.mobile&hl=en
Untuk pengguna IOS : https://itunes.apple.com/my/app/mobile-unifi/id1330917377?mt=8

Anda boleh baca berkenaan Pelan Panggilan Tanpa Had Termurah disini : http://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Usahawan Telco ? Layari :http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.