Tutorial Tambah Nilai Menggunakan YES PIN

Pada kali ini saya akan berikan tutorial tambah nilai menggunakan YES PIN. Ramai yang kurang jelas bagaimana cara untuk menambah nilai YES Prepaid ini termasuk juga dealer serta agen Topup Niaga Network yang juga mempunyai produk YES PIN pada sistem mereka.

Berminat untuk mendapatkan YES ‘Kasi Up’ Prepaid/Postpaid ? Dapatkan disini : https://topupniaga.com/yes-memperkenalkan-pelan-kasi-up.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Pihak syarikat telekomunikasi YES telah menyediakan portal laman web khas untuk pengguna YES mereka menambah nilai talian YES dengan mudah. Untuk pengguna YES Prepaid, anda boleh dapatkan YES PIN di mana-mana sama ada di kedai runcit, 7 Eleven, Shopee dan sebagainya.

website topup yes pin

Kemudian, buka pautan web portal ini : https://selfcare.yes.my/myselfcare/doExpressPay.do dan masukkan YES ID/Account Number/Phone Number untuk akaun YES anda serta klik Verify. Setelah itu, klik pada ‘Reload Cards/Activation Code” dan “Only Activate Reload Card”. Masukkan YES PIN anda disitu dan klik Submit.

Sekiranya YES ID/Account Number/Phone Number serta PIN YES anda betul, tambah nilai YES Prepaid anda akan berjaya dan jika terdapat maklumat yang tidak tepat, tambah nilai anda akan gagal.

Diharap tutorial tambah nilai menggunakan YES PIN ini dapat membantu anda serta pelanggan anda untuk menambah nilai YES Prepaid dengan mudah dan tanpa masalah.

Ingin ketahui Cara Menyemak Bil Tertunggak Telco ? Baca disini : https://topupniaga.com/cara-menyemak-bil-tertunggak-telco.

Ketahui Kelebihan Menjadi Sales Advisor Redone disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.