Xpax Menawarkan 48 GB Dengan Hanya RM38

Bermula pada hari ini, Xpax menawarkan pelan prabayar yang menarik iaitu pelan 48 GB data internet dengan hanya RM38 sahaja sebulan dan juga 18 GB data internet dengan hanya RM12 sahaja sebulan. Walau bagaimanapun, pelan ini sedikit berbeza jika ingin dibandingkan dengan pelan yang mereka tawarkan sebelum ini dan berkemungkinan pengguna akan terlepas pandang jika tidak meneliti Terms & Conditions dan juga FAQ yang telah disertakan.

pelan xpax terbaru 2020

Daripada jadual yang disediakan oleh pihak Celcom sendiri, pelan terbaru Monthly RM38 yang ditawarkan 48 GB internet dan juga pelan Weekly RM12 dengan penawaran 18 GB internet ini disertakan dengan hotspot quota sebanyak 3 GB namun tidak disertakan data unlimited Youtube untuk penggunaan dari jam 1 pagi sehinggalah 7 pagi pada setiap hari.

Selain itu, Iflix premium access, iflix quota, unlimited internet hourly juga tidak disertakan. Tetapi yang perlu diambil perhatian oleh pengguna sebenarnya ialah speed pelan ini yang dihadkan kepada 3Mbps sahaja. Jika anda memerlukan kelajuan internet yang tinggi, tidaklah saya galakkan untuk menggunakan pelan ini.

pelan terbaru xpax 2020

Untuk melanggan pelan terbaru Xpax ini, anda boleh :

  1. Dail *118# dan mengikut arahan yang diberikan, atau
  2. Muat turun dan gunakan aplikasi Celcom Life app atau
  3. Pergi ke mana-mana cawangan sah pengedar Celcom terdekat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan terbaru daripada Xpax ini, anda boleh layari https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans dan pastikan anda telah meneliti setiap FAQ dan juga Terms & Condition yang telah disertakan untuk mengelak masalah pada masa yang akan datang.

pelan xpax rm38 rm12

Dikatakan promosi pelan ini adalah terhad tetapi tiada informasi yang diletakkan berkenaan waktu promosi ini akan tamat. Sekiranya penggunaan internet berkelajuan tinggi (dihadkan pada 3Mbps) ini sudah digunakan sepenuhnya, kelajuan internet akan dihadkan pula kepada 64kbps.

Bagaimana dengan pendapat anda ? Berbaloikah untuk mendapatkan pelan terbaru Xpax 48 GB dengan harga RM38 atau Xpax 18 GB dengan harga RM12 ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jom baca Tutorial menambah nilai YES PIN disini : https://topupniaga.com/tutorial-tambah-nilai-menggunakan-yes-pin.

Jom jadi Dealer / Agen Topup Niaga ! Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.