Lanjutan Program Jaringan Prihatin

Jika sebelum ini kerajaan mengumumkan program jaringan prihatin akan berakhir pada 31 Julai 2021, namun kini diumumkan lanjutan bagi program ini sehingga akhir 30 September 2021 kelak.

Program jaringan prihatin ini merupakan salah satu usaha kerajaan kepada golongan B40 yang berbentuk rebat pembelian telefon pintar baru serta rebat pelan jalur lebar internet melalui beberapa syarikat telekomunikasi yang terpilih. Saya senaraikan beberapa program jaringan prihatin yang pernah dimumkan sebelum ini dibawah :

Bagi mereka yang layak untuk memanfaatkan bantuan ini, saya sarankan untuk menggunakannya dengan sebaiknya lebih-lebih lagi rebat bagi pelan jalun lebar internet dimana anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM15 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan.

Selain itu, rebat pembelian telefon pintar sebanyak RM180 atau RM300 agak sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan telefon pintar yang baru sekiranya telefon pintar yang digunakan sudah agak lama atau tidak mendapat kemaskini terbaru lagi.

Cuma pada pendapat saya, mungkin syarikat telekomunikasi boleh memberikan pilihan telefon pintar yang lebih banyak kerana saya yakin, ramai pengguna diluar sana yang sanggup menambah sedikit lagi pembayaran untuk pembelian telefon pintar baru yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik memandangkan kebanyakan telefon pintar yang ditawarkan adalah dikelas permulaan dan mempunyai limitasi storan yang agak terhad.

Walaupun pada masa kini, masih lagi wujud telefon pintar dengan storan bersaiz 32 GB, sudah tidak relevan untuk menggunakannya memandangkan saiz storan yang digunakan untuk sistem operasi juga agak tinggi, dan walaupun dengan tambahan kad memori, ianya tidak mencukupi kerana ruangan installation aplikasi hanya akan menggunakan ruangan storan dalaman sahaja.

informasi jaringan prihatin

Saya masih lagi menanti sekiranya terdapat promosi-promosi ‘terakhir’ sebelum berakhirnya program jaringan prihatin ini dari mana-mana syarikat telekomunikasi yang lebih menarik berbanding apa yang mereka tawarkan sebelum ini.

Bagaimana pula dengan pendapat anda ? Anda sudah mengambil peluang dengan membuat pembelian telefon pintar baru melalui program Jaringan Prihatin ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah. Adakah anda rasa ianya berbaloi dengan nilai yang anda keluarkan atau belanjakan ?

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.