Tutorial Pembayaran TIMEBILL SRS Topup

Pada tutorial kali ini saya akan menjelaskan cara membuat pembayaran TIMEBILL menggunakan aplikasi SRS Topup. Untuk pengetahuan anda, aplikasi SRS Topup merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk pembelian tambah nilai syarikat telekomunikasi termasuk tambah nilai game online, pembayaran bil dan pelbagai lagi jenis pembayaran pada masa akan datang dengan kadar keuntungan sehingga 10%.

Untuk mendapatkan akses sebagai Dealer atau Agen Topup Niaga, anda boleh dapatkan maklumat lanjut disini : DAFTAR SRS TOPUP.

Tutorial ini hanya boleh diikuti bagi mereka yang mempunyai akses kepada SRS Topup sahaja seperti dibawah.

  1. Login aplikasi SRS Topup dan klik pada menu ‘Bill Payment’.
    bill payment srs topup
  2. Kemudian, klik pada menu TIMEBILL.
    TIMEBILL SRS Topup
  3. Isi nombor akaun TIME (14 digit), amaun yang ingin dibayar dan nombor telefon pelanggan. Pastikan kredit atau modal anda mencukupi. Kemudian klik pada ‘PROCESS PAYMENT’.
    cara bayar timebill srs
  4. Semak dan pastikan nombor akaun dan jumlah pembayaran adalah seperti yang tertera. Kemudian, klik ‘PROCESS TO CHECKOUT’.
    bayar bil time online
  5. Pembayaran telah berjaya. Anda boleh print atau share receipt untuk diberikan kepada pelanggan serta untuk semakan pada masa akan datang.
    bayar bil aplikasi topup srs

Kebiasaannya, nombor pemilik yang didaftarkan pada sistem TIME akan menerima SMS pengesahan pembayaran dan kemaskini pembayaran pada portal pelanggan TIME pula akan mengambil masa beberapa jam.

Diharap tutorial pembayaran TIMEBILL menggunakan aplikasi SRS Topup ini dapat membantu anda memahami proses pembayaran ini untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.

Ingin mendaftar TIME Internet Fibre di rumah anda ? Maklumat lanjut disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-time-fibre-internet-malaysia.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telekomunikasi : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.