Digi

Review Pelan Unlimited Digi Infinite 150

pelan unlimited digi infinite 150

Baru-baru ini Digi telah mengeluarkan beberapa pelan yang menarik iaitu pelan unlimited Digi Infinite 150 dan Digi Infinite 80. Kedua-dua pelan ini menawarkan pelan internet tanpa had kuota dan pelan tanpa had panggilan.

Terdapat perbezaan yang agak ketara bagi kedua-dua pelan ini diantaranya :

  1. Harga : Digi Infinite 150 memerlukan komitmen RM150/bulan berbanding Digi Infinite 80 yang memerlukan RM80/bulan sahaja.
  2. Kelajuan : Kelajuan Digi Infinite 150 tanpa had (bergantung kepada kawasan dan modem anda) manakala Digi Infinite 80 dihadkan sehingga 5Mbps.
  3.  Tethering : Digi Infinite 150 memberikan Infinite Tethering seumur hidup manakala Digi Infinite 80 dihadkan kepada 5GB/bulan untuk tempoh 12 bulan sahaja.

Walau bagaimanapun, pelan Digi Infinite 80 telah kehabisan stok manakala Digi Infinite 150 masih dibuka kepada umum.

Terdapat pelbagai cara untuk anda mendapatkan pelan Infinite 150 ini :

  1. Buat pembelian anda di http://new.digi.com.my/postpaid-plans.
  2. Port In/MNP dengan mengekalkan nombor anda dari telco lama kepada Digi.
  3. Tukar pelan kepada Digi Infinite 150 sekiranya anda sudah menggunakan telco Digi.

Review Digi Infinite 150 Dari Topup Niaga Network 

Baru 15 hari saya menggunakan Digi Infinite 150 dan buat masa ini Digi masih belum ‘merengek’ dan masih mudah untuk mendapatkan network 4G.

Dibawah merupakan review saya menggunakan Digi Infinite 150 dengan menggunakan telefon bimbit Honor 7 Enhanced dan modem Alcatel EE60.

honor 7 enhanced alcatel ee60

Kelajuan yang agak baik, download fail yang bersaiz besar pun tidak mengambil masa yang lama. Penggunaan sebanyak 5 device pun tidak terjejas. Dengan ping yang rendah, sesuai juga untuk Gamer Online tegar menggunakan pelan ini untuk permainan atas talian mereka. Youtube 24 jam ? No worry !

speed digi infinite 150

Dibawah pula adalah statistic penggunaaan modem Alcatel EE60 dimana saya beli selepas saya melanggan pelan Digi Infinite 150.

statistik internet

Bagi mereka yang ingin menggunakan Digi Infinite 150 untuk kegunaan seisi keluarga, atau anda memang banyak menggunakan internet, memang sesuai untuk melanggan pelan ini sekiranya tempat anda boleh mendapat network 4G untuk talian Digi.

Kita tunggu telco lain pula perkenalkan pelan untuk menandingi pelan Digi Infinite ini. Persaingan ini memberikan peluang kepada pengguna untuk memilih pelan yang baik dan bersesuaian dengan bajet mereka.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Pelan Digi 150 Infinite ini, anda boleh layari http://new.digi.com.my/postpaid-plans

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup ? Layari http://topupniaga.com

Facebook Comments

2 Comments

  1. DL
    • Amir

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !

Share This