Celcom

Celcom Tawar Internet Percuma Hujung Minggu

Celcom Tawar Internet Percuma Hujung Minggu

internet percuma

Baru sahaja beberapa bulan lepas Celcom memperkenalkan Internet Burung Hantu dimana pengguna Magic Sim dapat menikmati internet percuma setiap hari dari jam 1 pagi hingga 7 pagi , hari ini memetik daripada BH Online , celcom mengejutkan pengguna lagi dengan tawaran Internet Percuma Hujung Minggu.

Celcom melancarkan pelan pascabayar First Blue dan First Gold yang menyediakan pengalaman hebat internet mudah alih bagi pelanggannya. Kedua-dua plan ini ditawarkan internet percuma pada hujung minggu yang pastinya akan menarik minat pengguna untuk mendapatkan plan First Blue dan First Gold ini.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata Celcom adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi di negara ini yang menawarkan internet percuma ketika hujung minggu melalui kedua-dua pelan berkenaan.

“Celcom membawa pembaharuan ketara dan mempertingkatkan ciri First Blue dan First Gold untuk memenuhi keperluan perubahan digital yang sentiasa berubah dalam kalangan rakyat,” katanya pada majlis pelancaran pelan baharu itu di sini, hari ini.

Pelan First Blue berharga RM45 sebulan manakala pelan First Gold pula berharga RM100 sebulan membolehkan pelanggan menikmati data internet 6GB dan 12GB pada setiap bulan.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !