Kadar Keuntungan Topup & Bil Januari 2018

Selamat tahun baru 2018 kepada semua pembaca laman web rasmi Topup Niaga Network. Semoga tahun ini dapat menjadikan kita lebih bersyukur dan berjaya.

Sempena tahun baru ini, saya ingin mengumumkan sedikit perubahan bagi kadar keuntungan topup & bil bermula pada Januari 2018. Perubahan yang ketara adalah keuntungan bagi pembayaran bil dan Topup International yang diberikan semaksimum mungkin kepada Dealer dan Agen Topup Niaga Network.

Berikut adalah kadar keuntungan terbaru untuk produk reload dan pembayaran bil bermula Januari 2018.

bil topup niaga

Sekiranya anda merupakan Dealer Topup Niaga, saya menggalakkan anda mengemaskini semula kadar keuntungan agen-agen anda pada bahagian bil. Anda boleh berikan mereka semaksimum keuntungan yang mungkin (sebanyak 1%) kerana ini akan memberi kemudahan kepada agen untuk membuat pembayaran bil dan secara tak langsung meningkatkan sales mereka. Anda boleh lihat tutorial tersebut disini : http://topupniaga.com/tutorial-dealer-menetapkan-keuntungan-agen.

Seperti yang anda lihat, dalam aplikasi yang Topup Niaga gunakan, ada produk TNBBILL2 pada bahagian bil paling bawah sekali. Anda digalakkan menggunakan TNBBILL2 kerana kadar keuntungan lebih tinggi daripada TNBBILL yang asal.

tnbbill2

Ada khabar baik yang bakal menggembirakan hati Dealer & Agen Topup Niaga Network pada awal 2018 ini. Saya akan umumkan berita gembira tersebut apabila tiba masanya. Diharap semua bersabar dan tidak putus asa dalam perniagaan.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh komen dibawah atau terus hubungi kami melalui :

Facebook : https://www.facebook.com/topupniaganetwork
Whatsapp : 0177860670
Email : admin@topupniaga.com

Anda ingin menjadi Sales Advisor Redone ? http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda