pelan panggilan tanpa had dari umobile

Sudah ada beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan pelan panggilan tanpa had, salah satunya ialah telco Redone. Umobile juga sudah mula menawarkan pelan khas untuk panggilan tanpa had yang dinamakan Giler Talk GT30 yang mana pelan ini merupakan pelan prabayar ataupun prepaid daripada Umobile.

Pelan Giler Talk GT30 ini menawarkan panggilan tanpa had kesemua rangkaian sepanjang hari serta 1GB data internet berkelajuan tinggi juga diberikan kepada pengguna pelan ini. Bagi pengguna Unlimited Power starter pack, dengan kadar tambah nilai sebanyak RM10 membolehkan pengguna menikmati penggunaan tanpa had untuk aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram.

pelan prepaid umobile giler talk gt30

Buat masa ini, promosi pelan Giler Talk GT30 ini masih berada dalam tempoh promosi dimana pelan ini boleh dilanggan dengan hanya RM25 sahaja sebulan. Untuk melanggan pelan ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi MYUMobile app seperti dibawah.

langgan pelan giler talk umobile

Bagi mereka yang masih menggunakan pelan lama Umobile dan berminat untuk menukar pelan anda kepada pelan Giler Talk GT30 ini, anda boleh dail *118*6*2*3# atau hantar SMS MIG UNLIMITED ke 28118 dan RM3 akan dicas untuk penukaran pelan lama anda kepada pelan prabayar Unlimited Power Prepaid.

Selain itu, Umobile juga menawarkan MNP atau port in ke Umobile untuk mendapatkan pelan ini atau anda boleh terus membeli Unlimited Power Prepaid Starter Pack secara online di laman web mereka dengan harga RM8.50 sahaja.

pelan unlimited call umobile

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan Giler Talk GT30 ini, anda boleh layari https://www.u.com.my/plans/prepaid/giler-talk-gt30. Apa pendapat anda, berbaloi atau tidak untuk mendapatkan pelan ini ?

Berminat untuk menjadi Dealer atau Agen Topup ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.