Agen TopupDealer Topup

List Scammer Topup Malaysia

list scammer topup malaysia

Saya wujudkan post List Scammer Topup Malaysia ini adalah untuk ‘educate’ dealer dan agen supaya tidak tertipu dengan penipu-penipu yang wujud dalam perniagaan topup ini.

Sebelum saya listkan semua nombor yang confirm scam, saya nak anda kenali contoh scam yang biasa diguna pakai oleh scammer-scammer topup di Malaysia ini.

MODUS OPERANDI SCAMMER TOPUP :

  • Berlakon menjadi UPLINE/STAFF/PETUGAS SERVER/ADMIN dan ingin mengupgrade akaun sistem topup anda kepada akaun lebih baik, contohnya bil 3% . Pihak sistem topup takkan Whatsapp atau Telegram anda dan berikan offer yang tidak munasabah.
  • Berlakon menjadi rakan Facebook/ahli keluarga anda dan cakap urgent nak topup/duit. Social Engineering scam. Mereka dapat data rakan/ahli keluarga daripada facebook anda. Jangan mudah percaya kepada orang yang claim mereka kawan mereka, kecuali anda confirm itu adalah rakan anda.
  • Promosi tambah modal dan upgrade tak munasabah. Contoh, tambah modal RM200 free RM100. Perniagaan reload takkan buat promosi tambah modal tak munasabah seperti itu.
  • Nombor tidak dikenali tiba-tiba minta topup.

CARA UNTUK ELAK DARI SCAMMER TOPUP :

  • Google nombor telefon tersebut. Kalau scammer biasanya mesti nombor dia akan keluar di Google sebagai scammer (scammer legend)
  • Jangan beri password kepada sesiapa. Admin pun takkan minta, sebab mereka dah ada sistem pun, tak perlu pun password anda. Yang minta password confirm PENIPU.
  • Jangan tukar password jika disuruh oleh sesiapa. Ada scammer yang cuba trick anda untuk upgrade akaun, kena tukar password kepada sekian-sekian. Jika anda tukar password anda kepada apa yang mereka inginkan, mereka akan dapat login dan habiskan modal anda.
  • Sekiranya rakan/keluarga mesej/wasap urgent nak topup/duit, call dahulu nombor tersebut kalau nombor tersebut nombor yang tidak dikenali untuk kepastian. Kalau tiba2 cakap tak boleh angkat, nak call phone rosak, confirm scammer.Terus contact ahli keluarga/rakan guna nombor/talian yang betul.
  • Tanya dahulu dengan careline sistem topup anda untuk kepastian.

Baiklah, dibawah saya akan listkan nombor-nombor scammer tegar topup di Malaysia :

  • 0199761622
  • 01132588262
  • 0139205640
  • 0199419072
  • 0194167914
  • 0164581024
  • 0139773984
  • 0139400983
  • 0139142031
  • 0199762300
  • 0145327926
  • 0107644899
  • 01140318364
  • 01140338432
  • 01125693057
  • 0169014567
  • 0173704008
  • 0135946807
  • 01135323147
  • 01115444180
  • 0122583416
  • 01140232046

Maklumat Scammmer Topup diatas akan diupdate dari semasa ke semasa. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan details mengenai scammer topup, anda boleh komen dibawah modus operandi dan nombor yang digunakan untuk kegiatan scam.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup Niaga, anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp di topupniaga.wasap.my atau terus ke topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda untuk maklumat lanjut.

Facebook Comments

2 Comments

  1. Husny Azura
    • Amir

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !