Cara Redeem Voucher YES Free Databack

Pada kali ini saya akan terangkan secara ringkas bagaimana cara untuk redeem voucher YES Free Databack yang boleh didapatkan melalui platform Shopee dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan di Shopee. Saya boleh katakan program sebegini diantara program yang menarik diantara platform E-Commerce dan juga syarikat telekomunikasi dan mungkin boleh diaplikasikan oleh syarikat telekomunikasi lain juga pada masa akan datang.

Pada hari ini (8 Januari 2021), saya telah menerima voucher YES Free Databack daripada Shopee dan beberapa cubaan saya lakukan untuk redeem pada waktu petang tadi, tetapi mungkin disebabkan oleh server YES mempunyai sedikit masalah atau terlalu ramai mengaksesnya dalam satu-satu masa, hanya error connection to server failed sahaja yang dipaparkan. Namun pada waktu malam, saya berjaya membuat cubaan untuk redeem voucher code tersebut seperti dibawah.

  1. Klik pada notifikasi Voucher ‘Shopee x YES’ pada Shopee Updates, kemudian Copy atau salin voucher code yang diberikan pada platform Shopee. Pastikan anda tahu juga Shopee ID anda iaitu username akaun Shopee yang anda gunakan.
    Cara Redeem Voucher YES Free Databack
  2. Buka aplikasi MyYes dan klik pada ‘Yes x Shopee Redeem Voucher’. Kemudian paste atau isikan voucher code tadi dan masukkan Shopee ID anda serta klik ‘Verify’.
    redeem voucher yes shopee
  3. Maklumat mengenai jumlah data YES percuma, tempoh aktif serta tempoh tamat voucher tersebut akan dipaparkan. Klik ‘REDEEM’ sekiranya anda ingin terus mengaktifkan voucher code tersebut.
    shopee yes free databack
  4. Sekiranya tiada apa-apa masalah, tambah nilai data akan berjaya dan maklumat tambah nilai akan dipaparkan.

Untuk menerima voucher YES Free Databack ini, terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee & YES diantaranya :

  • Membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 di Shopee yang berstatus ‘completed’ order akan menerima 5GB data internet YES secara percuma. Sebagai contoh, sekiranya anda membelanjakan RM120, anda akan menerima 10 GB data internet YES secara percuma pada bulan berikutnya. Data internet percuma ini dihadkan kepada 100 GB sahaja bagi setiap pengguna.
  • Free YES data voucher ini hanya layak diterima oleh pengguna shopee dengan talian YES atau anda boleh beli Prepaid Yes Starter Pack dengan harga RM1 di Shopee dan aktifkan simkad tersebut.
  • Free YES data voucher ini hanya boleh digunakan oleh pengguna YES yang tidak melanggan pelan data tanpa had sahaja.
  • Voucher YES FREE Databack ini hanya boleh digunakan oleh 1 Shopee ID untuk 1 talian YES pada setiap bulan.
  • Voucher ini boleh digunakan melalui aplikasi MyYes dan perlu digunakan dalam masa 4 bulan daripada tarikh code ini diberikan.
  • Apabila voucher ini diaktifkan, data percuma tersebut perlu digunakan dalam masa 30 hari.

Daftar YES Prepaid ‘Kasi UP’ disini (penghantaran simkad PERCUMA) : Simkad YES Percuma !.

Diharap post ini dapat membantu anda dalam memahami bagaimana cara untuk redeem vouches YES Free Databack ini dengan lebih baik. YES saya boleh katakan agak kehadapan dengan kerjasama mereka dengan Shopee dan saya harap syarikat telekomunikasi lain juga boleh mengambil inisiatif yang hampir sama dengan syarikat E-Commerce diluar sana yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.

Maklumat Mengenai Pelan Yes ‘Kasi Up’ : https://topupniaga.com/yes-memperkenalkan-pelan-kasi-up.

Masalah Simkad Kasi Up YES 4G : https://amirazman.my/masalah-simkad-kasi-up-yes-4g.